Jenama rumah fesyen Gucci sentiasa membariskan rekaan pakaian yang kini kelihatan serba serbi lebih quirky tetapi tetap dalam rekaan dan penataan yang mewah. Memulakan dekad baharu, pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele membariskan koleksi RTW cukup ikonik bersama kartun popular Mickey Mouse dalam koleksi Disney X Gucci.
Menerap nilai malar segar dan klassik, Mickey Mouse sememangnya antara imej kartun Disney yang tidak mengundang rasa jemu dan itu merupakan salah satu persamaan dan visi yang cuba diterapkan oleh rumah fesyen mega ini. Kempen buat koleksi ini menampilkan pelakon Ni Ni, Earl Cave, dan Zoe Blue penata gaya dan penulis puisi terkenal sebagai wajah kepada label berpengkalan di Itali ini. Jurugambar Harmony Korine menghidupkan suasana ceria serta penuh fantasi berlatarkan pusat keriangan Disneyland ©Disney .