Gambar percutian Adele bersama Harry Styles dan James Corden bertebaran. Selain orang mula syak Adele punya hubungan istimewa dengan Harry Styles, peminat juga terkejut dengan perubahan drastik bentuk badan Adele. Menurut cerita berat badan Adele turun sebanyak 100 pound (bersamaan dalam 45kg). Jadi mulalah orang merisik apa yang Adele lakukan hingga dia berjaya tampak lebih kurus berbanding sebelum ini sampai nampak tulang selangkanya.
Ada yang berpendapat perpisahan Adele dengan bekas suaminya Simon Konecki menjadi titik tolak kepada pemenang Grammy sebanyak 15 kali ini untuk menurunkan berat badan. Akhbar The Sun Britain menyifatkan perpisahan itu sebagai ‘new lease of life’ bagi Adele.
Jadi apa sebenarnya yang Adele buat hingga dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak itu? Menurut jurulatih Pilates terkenal, Camila Goodis, dia percaya kejayaan Adele menurunkan berat badan bukanlah kerana senaman. Dia berpendapat 90 peratus faktornya ialah diet yang lebih sihat. Walaupun sebelum ini Adele pernah berkongsi yang dia aktif dengan Reformer Pilates tapi itu bukanlah punca utamanya.
Camila yang sebelum ini pernah membantu Adele menurunkan berat badan selepas Adele melahirkan anaknya, Angelo Adkins berkata kepada majalah US Weekly, “Do I think that she exercised like crazy? I don’t.”
Camila percaya Adele menjalani gaya hidup yang lebih sihat terutama dalam pemilihan makanan, dan dia bersenam secara sederhana sahaja. “The path to lose weight is not really a lot of exercise. It’s actually your mouth,” tambahnya.
Khabranya Adele mengamalkan Sirtfood Diet yang mana diet ini memberi fokus kepada pengambilan makanan yang perlu sahaja. Antara makanan yang boleh diambil untuk diet ini ialah teh hijau, kale, tauhu dan dark chocolate.
Adele pada Oktober tahun lalu ada memuat naik gambarnya sewaktu menghadiri ulang tahun kelahiran Drake dengan kapsyen berbunyi, “I used to cry but now I sweat”. Well done Adele!