Tahun ini merupakan tahun yang cukup bertuah buat Billie Eilish! Tetapi itu bukan jadi topik utama artikel ini, kerana hari ini EH! mahu senaraikan 5 penyanyi dan penulis lagu wanita yang sering dicalonkan buat anugerah Grammy tetapi tidak memenangi walaupun satu darinya!
Our Grammys fever masih belum tamat, ada rasa teruja dan ada juga rasa tidak senang hati dengan penyanyi dan penulis lagu yang membawa pulang piala Grammy Isnin lepas, rasa terkilan akan pencalonan lain yang kami rasa punya bakat yang besar juga layak memenangi anugerah yang dicalonkan namun tidak mendapat tempat di telinga barisan pengadil Grammy. Kami juga turut rasa gembira atas kemenangan Billie Eilish yang hampir memenangi kesemua pencalonan, malah lebih mengagumkan ini merpukan percalonan pertamanya di anugerah berprestij yang berlangsung buat kali ke-62 ini.
EH! mahu #throwback semula penyanyi dan penulis hebat yang kami rasa punya bakat dan pesona yang besar, dan pernah dicalonkan berkali-kali di anugerah Grammy ini tetapi tidak pernah memenangi satu darinya, mari kita lihat 5 penyanyi dan penulis lagu wanita ini!
1. SIA – Pernah dicalonkan buat 9 kategori
Penyanyi dan penulis lagu kelahiran Australia ini merupakan pemuzik yang paling berpengaruh, apa sahaja lagu yang dihasikan sama ada buat dirinya atau penyayi lain pasti mendapat tempat di dalam carta Billboard. Namun bakat penulis lagu dan penyayi dengan lagu ikonik ‘Chandelier’ dan ‘Cheap Thrills’ ini belum pernah lagi memiliki anugerah dari Grammy.
2. Katy Perry – Pernah dicalonkan buat 13 kategori
Memiliki lima lagu hit yang pernah mendapat tempat no.1 di Billboard hanya menerusi album sulungnya, America’s sweetheart Katy Perry adalah antara penyayi yang malang pabila hanya mampu dinobatkan sebagai calon akhir sahaja. Dicalonkan sejak tahun 2008 hingga 2014, nampaknya belum tiba masanya lagi untuk Katy Perry memiliki trofi dari Grammy
3. Nicki Minaj – Pernah dicalonkan buat 10 kategori
Winning Grammy seems like a whole world to her! Penyayi dan penulis lagu rap ikonik yang sudah punya pengaruh besar dalam industri muzik dan pengalaman menulis lagu rap lebih dari satu dekad ini belum pernah memenangi anugerah Grammy yang dicalonkan. Hari ini pemilik lagu ‘Super Bass’ ini memilih untuk berehat dan mendirikan rumahtangga bersama suaminya Kenneth Petty.
4. Diana Ross – Pernah dicalonkan buat 12 kategori
Penyanyi legenda yang pernah meraih kejayaan sebagai penyanyi utama The Supremes juga sudah menjual lebih 100 juta rekod ini belum pernah memiliki satu pun trofi Grammy biarpun pernah dicalonkan 12 kali! Namun The Recording Academy telah memberi penghargaan Lifetime Achievement Award kepadanya pada anugerah Grammy tahun 2012.
5. Lana Del Rey – Pernah dicalonkan buat 6 kategori
Billboard telah mengulas dalam satu artikel bahawa penyanyi yang memiliki suara sultry ini berhak memenagi Album of the Year buat Anugerah Grammy tahun ini dan dia juga telah mendapat undian paling tinggi dalam ‘poll’ who should have won album of the year at 2020 Grammys yang dijalankan oleh Billboard sendiri. Dia juga pernah mengekspresi rasa kagum pada Billie Eilish dalam satu temubual New York Times “I personally am very discerning. I can tell if a female pop singer, for instance, has a generosity of spirit or a playful fire in her heart. With Billie, she’s prodigious. I needed to hear one line of one melody and I just know.”