Antara yang menarik perhatian kami semasa di karpet merah Grammy Isnin lalu adalah kuku Billie Eilish yang dilihat serba hijau bercetak logo Gucci yang ‘matching’ bersama gaya pakaiannya! Oleh itu EH! mahu Senariakan beberapa pewarna kuku yang hadir dengan formula meresap air juga tampil dengan kesahihan bahawa ia mesra wudhu dan sah dibawa solat?
Jika pengilat kuku pilihan anda mempunyai label ‘Halal’ dan ‘Water Permiable’ itu tandanya anda boleh memakainya untuk bersolat tetapi ada cara dan peraturannya. Ada sesetengah jenama telah siap memberi panduan pemakaian pengilat kuku ‘water permiable’ ini. Yang mana indikasi seperti maksimum satu atau dua lapisan saja untuk air meresap ke dalam kuku.
Lebih dari itu akan menyukarkan penyerapan air ke dalam kuku lantas ia tidak sah untuk dibawa solat. Malah ia tidak boleh dipakai dengan ‘base coat’ dan ‘top coat’ juga. Namun untuk pilihan selamat adalah lebih baik pengilat kuku halal yang ingin dibeli diuji terlebih dahulu akan penyerapan air pada kuku.
Seleksi Pengilat Kuku Halal Pilihan EH!
Orly
Jenama dari Amerika Syarikat ini disahkan halal oleh USA Halal Chamber of Commerce. Hadir dengan formula ‘Water Permeable’ dan bahan-bahan halalnya selamat untuk orang muslim menggayakannya. Tapi perlu diingat Orly menegaskan hanya dua lapisan pengilat kuku boleh disapu untuk air meresap sempurna.
Kilat oleh So.Lek
Jenama kosmetik kebanggan lokal ini cukup terkenal dengan produk kosmetik yang hadir dengan bahan-bahan halal. Malah Kilat, pengilat kuku yang dihasilkan ini mudah ditanggal tanpa perlu menggunakan pencuci. Anda hanya boleh kupas lapisan pengilat kuku ini bila-bila masa saja.
Zahara
Pengilat kuku buatan Perancis ini hadir dengan formula ‘breathable’ yang mana ia membolehkan kuku bernafas dan menyerap air. Membolehkan anda berwudhu seperti biasa malah kuku juga menjadi lebih kuat dan sihat.
Sa Sa Dashing Diva Magic Press
Kuku palsu yang sudah siap dirias ini sangat mudah untuk dipakai. Anda boleh pakai dan tanggalkannya bila-bila masa saja. Malah ‘Nail Art’ yang ditawarkan juga cukup menarik!
Sa Sa Dashing Diva Magic Press
Sally Hansen Salon Effects Real Nail Polish Strips
Pelekat kuku yang hadir dengan pelbagai corak dan warna sentiasa menjadi pilihan. Mana tidaknya ia cukup ringan pada kuku, bebas renyah dan juga boleh ditanggalkan bila-bila masa!