Sejak #bluincchillout diperkenalkan tiga minggu lalu, IG Live bersama EH! sering mendapat sokongan para pengikut EH! juga peminat selebriti jemputan. Kami bermula dengan Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini, kemudian kami dihiburkan dengan aksi Datuk Rizalman yang memasak di dapur menyediakan Bihun Singapore dan semalam Neelofa melakukan IG Takeover, yang mana dia membawa para pengikut instagram EH! dan peminatnya menyelusuri ruang-ruang istimewa di biliknya. Perkongsian ini menerima maklumbalas positif dan ramai juga peminat retweet Tweet kami.
Neelofa memulakan tour dengan singgah ke pantri di rumahnya dan dia sempat memperkenalkan perisa baru untuk jenama susunya, Nilofa. Kemudian dia membuat penonton terus berasa teruja pabila dia berkongsi himpunan alat soleknya. Ternyata memang menggunung himpunannya.
Keterujaan makin mengasyikkan bila mana Neelofa membawa penonton melihat himpunan beg dan sepatunya. Himpunan tudungnya juga banyak. Tambah menarik, dia berkongsi Diary Doa yang mana dia berkongsi buku nota yang mengandungi pelbagai doa yang dicatit dan diamalkannya. Terima kasih kepada Neelofa yang sudi meluangkan masa bersama kami dan berkongsi sesuatu yang cukup eksklusif bersama peminat.
Jom tonton video penuh Neelofa Room Tour di bawah