Adakah PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur akan tamat atau ditangguhkan hingga hujung tahun ini? Tunggu keputusan dan perutusan khas Covid-19 dari kerajaan Jumaat ini!
Kerajaan dijangka akan membuat pengumuman berhubung keputusan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang yang sepatutnya tamat pada 6 Disember ini. Setelah dua kali tempoh PKPB dilanjutkan di Selangor dan Lembah Klang, sudah pasti penduduk di kawasan ini bimbang sekiranya ia dilanjutkan susulan rekod semasa penularan kes Covid-19 yang menunjukkan jumlah yang membimbangkan akhir-akhir ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan penilaian risiko penularan COVID-19 di kawasan terbabit sebelum sebarang pengumuman berkaitan perkara itu.
Tempoh PKPB di Selangor dan Lembah Klang dijangka berakhir pada 6 Disember. Namun begitu, kes positif Covid-19 di lembah klang merekodkan peningkatan yang sangat mendadak dan ini menimbulkan kegusaran penduduk di kawasan berkenaan.
Terkini, rekod pada 1 Disember (semalam), kes baharu yang dicatatkan adalah sebanyak 1,472 dan 1,467 adalah kes tempatan. Dari jumlah ini Selangor sahaja melapor 891 kes baharu manakala 767 kes sembuh.
Kes di Selangor meningkat susulan perluasan pengesanan kes secara aktif dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan di lapangan. Kluster Teratai semalam melaporkan sebanyak 778 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhabr memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 minggu hadapan.
Laporan itu akan diberikan oleh salah satu daripada 10 syarikat penyelidik vaksin yang awalnya telah berunding dengan Malaysia sebelum ini bagi menjamin negara mendapat bekalan selepas vaksin itu didaftarkan.
Untuk info selanjutnya, tonton video di bawah ini.
Artikel berkaitan: Alif Satar, Setelah 5 Hari Disahkan Positif Covid-19