Jenama Jil Sander kembali menjalinkan kerjasama bersama Uniqlo dedikasi musim luruh. Pernah berkolaborasi pada 2009, dan kemudian ‘berehat’ seketika, namun kembali bersatu pada tahun ini (unexpectedly!) dengan persembahan koleksi serba baru pada penghujung 2020. 2020 isn’t that bad after all!
Diumumkan melalui media sosial Uniqlo, bermula 20 November nanti, peminat fesyen di Malaysia ‘dinasihatkan’ bersiap sedia mengunjungi seleksi stor utama Uniqlo di Kuala Lumpur untuk mendekati koleksi +J musim luruh/sejuk 2020.
Perkongsian ‘lookbook’ koleksi +J di laman rasmi Uniqlo, ada memaparkan rekaan ‘highly anticipated’ seperti, jaket blazer, kot labuh, kemeja, blaus, puffer, kemeja T, seluar, dan skirt untuk perempuan.
Aksesori kecil seperti tali pinggang, skaf cashmere dan topi beanie dihadirkan dalam skala kecil, bagi memberi opsyen dalam penggayaan.
Item asas lelaki, misalnya, jaket single-breasted, baju sejuk tebal, kardigan dan seluar slim-fit turut dimuatkan dalam variasi warna asas dan fungsi. Material bermutu digunakan, di samping itu estetika bersih Jil Sander memaut tiap rekaan, yang mana cukup kuat mendefinisikan gerobok impian kelompok pencinta fesyen minimal.
+J Musim Luruh/Sejuk 2020 mengandungi koleksi asas yang cukup sofistikated, ‘chic’ dan moden khusus golongan masa kini. Jil Sander dan Uniqlo bersepakat untuk mereka koleksi yang nyata bersifat versatil, praktikal dan selesa.
Butiran yang memaut pada koleksi ini memfokuskan kepada siluet dan ‘tailoring’ yang luar biasa. Ilusi pada siluet tercipta seakan imasan 3D, lalu mengubah perspektif stail yang berkarakter.
Yang mana turut mudah digayakan dengan pelbagai aksesori lain, lalu mencipta gaya individu tersendiri. Tiap rekaan yang terkandung berupaya digayakan dengan variasi eksperimen stail, mengikut cita rasa fesyen anda. Koleksi +J tersedia di seleksi stor Uniqlo dan pembelian di atas talian.