Semarakkan Hari Natal dengan koleksi pakaian dalam yang klasik dan tidak lapuk dek zaman daripada Triumph.
Koleksi terbaru ini diinspirasikan daripada bunga mawar dan lontaran gaya yang feminin. Dicipta untuk membentuk dan mencantikkan, ciri Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery memaparkan rekaan yang kemas sekaligus dapat menyokong kembarmu.
Sculpt Rosanne dihiasi renda pada mangkuknya, menampilkan hiasan yang cukup menawan untuk si pemakai. Talinya diperbuat daripada jacquard elastik dan rekaan yang cantik disempurnakan dengan loket diamante yang halus.
Dengan tali anduh dalam dan luar bersama dengan sayap sisi mesh yang kuat, Sculpt Rosanne menawarkan sokongan yang hebat dan kemasan yang terbaik. Ditawarkan dalam bentuk berlapik dengan mangkuk separa berwayar atau rekaan rama-rama push-up berwayar dalam rona Grey dan Wild Raspberry dipadankan dengan seluar dalam hipster sedondon.
Astra Embroidery pula adalah koleksi sofistikated diinspirasikan daripada jambangan bunga ros yang sedang berkembang. Ia boleh didapati dalam tiga warna abadi: Hitam klasik, Rouge glamor dan Bordeaux memukau.
Coli berwayar dan berlapik paling laris Ini mencipta bentuk feminin menawan manakala coli push-up berwayar, dengan lapik Aqua boleh laras membolehkan terciptanya ilusi leher menggoda.
Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery boleh didapatkan di rangkaian kedai atas talian Triumph dengan harga bermula daripada RM 279 – RM 299 (coli) & RM 89.90 – RM99.90 (celana).
Artikel berkenaan : Pakaian Dalam Tepat Buat Wanita Masa Kini