The people has spoken! Anugerah ini diperkenalkan sejak tahun 1975 setiap tahun. Awalnya menggunakan Gallup Polls dan kini beralih kepada pengundian dalam talian sejak tahun 2005.
Anugerah People’s Choice kali ke-46 diadakan pada 15 November 2020 lalu. Anugerah ini memberi penghargaan terbaik dalam Pop Culture sepanjang tahun 2020. Anugerah People’s Choice ini dihoskan oleh Demi Lovato dan disiarkan secara langsung oleh E! di Barker Hangar di Santa Monica, California.
Sebaik tamat acara anugerah ini, pelbagai video telah dimuat naik oleh selebriti dan portal antarabangsa – yang paling saya ingat adalah video Jlo berada di atas pentas sebaik menerima anugerah People’s Icon of 2019 dan juga ada beberapa selebriti termasuk Nicole Kidman, Renée Zellweger dan kemunculan istimewa dan sangat comel adalah mesej secara langsung daripada kedua-dua anaknya, Max dan Emme. Kalau belum menonton, klik di sini.
Antara selebriti yang berbakat luar biasa dicalonkan, termasuk Justin Bieber dan Lady Gaga, yang masing-masing mempunyai tujuh pencalonan, menjadikan mereka artis lelaki dan wanita paling banyak pencalonan pada malam itu.
Nama terkenal lain yang dicalonkan tahun ini termasuk bintang muzik seperti Meghan Thee Stallion, Ariana Grande, Cardi B dan The Weeknd, bintang TV seperti Cole Sprouse, Ellen Pompeo, Dan Levy dan Issa Rae dan bintang filem seperti Will Smith, Charlize Theron, Tiffany Haddish dan Noah Centineo.
Malam yang penuh gemilang itu telah menamakan Tyler Perry sebagai pemenang untuk kategori manakala People’s Champion Award dan Fashion Icon Award menjadi milik Tracee Ellis Ross dan Jennifer Lopez menggondol anugerah People’s Icon of 2019.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah People’s Choice 2020: