Kami bariskan ilham solekan yang diceduk dari pertunjukan Cruise 2021 untuk idea solekan zoom meeting anda. Rata-ratanya solekan ini berilhamkan gaya malas lagi bersahaja. Tiba masanya untuk gaya bermalas-malas mendominasi.
Walaupun hakikatnya dalam kehidupan kita hari ini memang rata-ratanya sudah hilang minat mahu melawa-lawa (ya lah mahu pakai gincu pun malas sebab akhirnya kena pakai pelitup muka), tapi sesekali elok juga kita merias muka, bagi semangat sikit. Tak salah jika mahu berhias cantik walaupun sekadar untuk meeting di Google Meet.
Peter Philips members tumpuan pada asas solekan temata. Keningnya dibiarkan hitam pekat dan tyda perlu terlukis seimbang kiri kanan. Gincunya saya fikir Philips Hanya mencalit salam biber semata.
Lucia Pica mahu kita merias kening dengan rapi musi ini. Dia melukis antik kening model-model di video pertunjukan Chanel. Bibirnya pula Pica seakan mahu kita bermain dengan rona Tanah. Low profile sikit.
Lagi satu gaya yang memberi tumpuan anda kening. Sama superit ilham Lucia Pica di Chanel, model-model Burberry juga dilihat tampil dengan kening yang dilukis cantik lagi kemas. Bibir juga mais tampil polos bersahaja.
solekan paling polos musim ini. Bottega Veneta hadirkan modelnya dalam gaya yang ‘tak kursa’ tapi kulitnya masih nampak segar. Keningnya juga tampil bersahaja, bagaikan skadar disikat ke atas menggunakan gel. Bibir tampil berwarna tapi pusam.
Tiada highlighter atau teknik kontur. Pipi merah pun tidak dilayangkan. Pembayang mata pula dipilih dalam ton hampir serupa warna kulit. Gaya ini boleh diaplikasi jika kulit anda betul-betul cantik.
Baca: Tiga Warna Gincu Berpandukan Tiga Karakter
Ini kalau kamu rajin dan bekerja dalam bidang kreatif, boleh cuba look ini. Solekannya memberi fokus pada mata, luncurkan sahaja celak hitam pada keliling mata kemudian adunkan sedikit menggunakan berus agar ada kesan ‘smudge’ sedikit. Tidak disarankan jika anda bekerja dalam bidang korporat.
Lagi satu look yang boleh anda cuba dengan mudah di rumah. Sapu rata bedak asas, rapikan kening dan sapukan sedikit gincu dalam ton merah jambu. Boleh layangkan pemerah pipi untuk efek segar. Yangs aya suka aalah gaya dandanan rambut yang kemas dan rapi.
‘I woke up like this’ kinda look. Mata samba don’t care. Gaya ini works jika kulit anda cantik seperti model di atas. Sapukan sahaja pelembap dan mungkin sedikit primer yang ada butiran kilt untuk suntikan kesegaran. Saya sukakan gincu coklat cair dalam pertunjukan ini.
Ini gaya untuk anda yang suka tampil comel (kalau wajah masih awet muda remaja ya). Sapuan gincu dalam ton merah jambu bak Barbie ini memang cute. Gaya penggaris mata berekor menyuntik gaya retro. Jika rajin, Boleh sasak rambut (back comb) untuk efek rambut penuh volum.
Ini antara look yang saya rasa nampak paling bersiap dalam banyak-banyak pertunjukan Cruise tahun ini. Keningnya dilukis (tak nampak natural), matanya ada penggaris hitam dan warna gincunya memang nampak ketara. Jika bad hair day, gayakan skarf sahaja.