Jangan malu mengaku anda sudah menonton lebih dari dua kali siri K-drama ini semata-mata mahu mengagumi Han Ji-Pyeong!
Fenomena Han Ji-pyeong, watak di dalam siri K-Drama Start-Up yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho Han Ji-pyeong ini telah memberi “Kim Seon-ho Syndrome” kepada penonton. Mana tidaknya, watak ini memberi impak emosi yang mendalam buat pengemar siri ini. Setiap kali babaknya muncul, hati berbunga-bunga langsung membuat anda tersenyum sendirian.
Terima kasih Netflix! Sekarang anda ada satu lagi video ekstra Kim Seon-ho melalui temu duga eksklusif untuk anda mengenali pelakon ini dengan lebih mendalam. Jangan lupa, untuk baca beberapa sebab mengapa kita sudah mula merindui Han Ji-pyeong walaupun baru sahaja selesai menonton 16 episod K-Drama ini.