Kami memilih lima makeup setting spray yang popular, laris dan yang mampu mengunci solekan anda dengan sempurna.
Makeup setting spray atau semburan untuk mengunci solekan antara yang jarang ada di atas meja solek, berbanding item lain ramai yang mengetepikan semburan ini tanpa menyedari inilah rahsia solekan tahan lama, nampak segar dan boleh jadi yang membuatkan ia tampak natural kerana biasanya semburan wajah fungsinya untuk memesrakan semua produk yang disapu atau dilayangkan pada muka. Dan berikut lima kesukaan kami.
Urban Decay All Nighter Long Lasting Makeup Setting Spray
Ini antara yang jadi kegemaran ramai, baik selebriti, jurusolek mahupun mana-mana wanita. Antara faktor yang membuatkan ia begitu popular dan disukai adalah kerana kualitinya sendiri, bedak tidak cair mata juga tidak mudah comot. Ia mampu membuatkan solekan tahan lama sehingga 16 jam.
MAC Prep + Prime Fix+
Antara setting spray yang sering dilihat di dalam beg mekap jurusolek selebriti sama ada Antarabangsa mahupun di Malaysia. Semburan ini boleh digunakan sebelum mula bersolek untuk menyediakan kulit dan boleh disembur selepas solekan siap. Ia membuat solekan mesra dengan kulit juga menyegarkan.
Ketahui Rawatan Untuk Bibir Kering & Berdarah
Pixi by Petra Makeup Fixing Mist
Sesiapa yang pernah mencuba semburan ini pasti mengakui ia antara yang terbaik yang ada di pasaran hari ini. Ada juga yang berkata semburan ini boleh memperbaiki solekan, andai kata separuh hari anda rasakan asas solekan anda sudah comot, semburan ini boleh bantu anda untuk fix semula. Satu atau dua semburan sudah cukup untuk membuat solekan kembali tampak segar.
Make Up For Ever Mist and Fix Makeup Setting Spray
Ini antara kesukaan peribadi saya, ia bebas alkohol jadi sesuai untuk kulit yang kering mahupun sensitif. Menurut Make Up For Ever, kulit bertambah lembap 63 peratus selepas semburan. Ia juga memnbuat solekan tahan 12 jam.
Toofaced Hangover 3-in-1 Setting Spray
Ada di jual di Sephora, semburan ini juga bebas alkohol dan ia dicipta untuk membuatkan foundation anda tampak flawless dan tahan lebih lama. Ia mengandungi air kelapa yang bagus untuk membuatkan kulit kekal hidrat.