H&M Conscious Exclusive memfokuskan kepada kelestarian dalam fesyen. Label gemilang tersebut menghasilkan koleksi yang khusus mesra alam, yang mana mengukuhkan lagi kelestarian dalam fesyen. Sejak koleksi Conscious diperkenalkan, serangkaian rekaan dan aksesori lelaki dan wanita dihasilkan kaedah ‘upcycle’ iaitu mengitar semula barangan terpakai dan sisa buangan tanpa menjalani proses kimia, sekali gus merayakan lagi usaha dalam mengekalkan kesejahteraan alam. Ini juga termasuk proses mengurangkan karbon atau sebarang bentuk pencemaran alam.
Untuk musim ini, H&M Conscious Exclusive tertumpu kepada bahan sumber dari bahan-bahan buangan. Kaedah terbaharu ini, dapat mengatasi pembaziran dan ia terinspirasi oleh kreativiti dan amalan penggunaan semula barang-barang terpakai. Sejak 1 Disember lepas, koleksi ini boleh didapati dengan pembelian secara online di hm.com.
Dedikasi musim/luruh 2020, ia merangkumi rekaan yang menggunakan fabrik setelah melalui proses inovatif yang mengubah sisa tanaman makanan menjadi sert semula jadi, dan bahan-bahan penting lain yang didapati dengan kaedah semula jadi. Bahan-bahan tersebut boleh didapati dalam rekaan gaun malam mewah yang ditawaekan dalam warna hitam dan hijau, kuning dan bunga-bungaan dusty green yang cukup beragam. Pelbagai konstruksi rekaan dihadirkan untuk memenuhi cita rasa pasaran sekarang, yang mana mahukan satu ‘look’ boleh digayakan bermacam stail.
Imej ‘clean’ ditampilkan melalui teknik suai padan. Namun, ia tidak kelihatan mendatar atau terhad kerana terdapat elemen dramatik yang memat pada tip rekaan. Misalnya, butiran ‘ruffles’ yang ditampilkan pada beberapa rekaan utama.
Aksesori seperti kalung choker yang lantang dan ‘berat’, anting-anting dan klip kasut diperbuat daripada bahan logam kitar semula. Dan sepasang termin mata hitam yang direka menggunakan material Made of Air, yang mana bahan yang terkandung adalah sebahagiannya dibuat dari sisa biomas. Kasut pula, ada pelbagai ilham. Setiap rekaan boleh digayakan untuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya gaya hujung minggu mahupun ke pejabat.
Artikel berkaitan: Mickey Mouse x Keith Haring Jemput Kaia Gerber Sebagai Duta