Sejak dua hari lepas media sosial ‘panas’ dengan isu perhubungan cinta Neelofa dan PU Haris.
Bermula dengan desas desus mengatakan Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed unfollow akaun Instagram PU Haris, Muhammad Haris bin Mohd Ismail dan juga memadam foto majlis merisik tular di media sosial bikin tanda tanya kepada peminat selebriti dan businesswoman terkenal Malaysia, Noor Neelofa Binti Mohd Noor.
Kemudian, awal pagi semalam kita dikejutkan dengan insta stories dimuat naik di semua akaun Instagram adik beradik Neelofa yang sekaligus memberi gambaran bahawa perhubungan Neelofa dan Pendakwah Bebas Haris sedang bergolak. Namun, tidak lama kemudian, post itu telah dipadamkan. Ada di antara Netizen yang cekap telah memuat naik setiap satu post itu menjadikan isu ini makin panas.
Adik-beradiknya, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan memberi gambaran ada sesuatu diluar pengetahuan mereka terjadi. Post yang berbau kecewa, marah, tertipu dan banyak lagi emosi yang dipaparkan mengeruhkan lagi keadaan langsung menimbulkan spekulasi yang bukan-bukan.
Malam semalam, satu video telah dimuatnaik oleh Neelofa untuk tampil memberi pencerahan kepada kesemua andaian yang disebarkan di media sosial. Dia menafikan sekerasnya segala tuduhan yang menjadi tular dan menjatuhkan nama baiknya, Haris dan kedua-dua keluarga yang terlibat.
Katanya, “Tuduhan-tuduhan yang berkaitan dengan minyak pengasih, yang saya ni sebenarnya sedang berubat, Masya-Allah, di mana (saya) ada transfer some money, sangat-sangat tak betul, tentang perkahwinan yang dibuat di Kelantan, which is sangat-sangat tidak berasas dan karut.”
Sejurus selepas dia memuat naik IGTV, dia berkongsi petikan di akaun Twitter miliknya. Dia meminta agar apa jua spekulasi harus dihentikan dan tidak lagi menyalahkan mana-mana pihak. Dia juga berharap agar tidak memperbesarkan hal ini dan turut mengajak netizen dan peminat setianya melupakan hal yang tidak enak ini.
I would highly appreciate if we could put an end to any speculation, stop blaming any parties and let the matter rest. Let’s move on and move forward.— Neelofa (@Neelofa) December 27, 2020
Pasangan ini masih mencari titik penyelesaian dan Neelofa sendiri menyerahkan kepada kedua-dua belah keluarga untuk mencari kata sepakat. Daripada menyalahkan sesiapa, mari sama-sama kita memberi semangat dan dorongan kasih kepada Neelofa dan PU Haris sekeluarga. Semoga semuanya dipermudahkan.
Artikel berkaitan: Giuseppe Zanotti Lakar Sepatu Kahwin Istimewa Buat Neelofa