Tampil lebih kreatif serta kemas dalam menatarias wajah dengan helah cantik kala bekerja di rumah. Adakah sudah bersiap sedia untuk Zoom Meeting 2.0?
Kita telahpun dikhabarkan untuk berada di rumah selama 2 minggu kerana Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengurangkan gejala Covid19. Ada yang baru mula bekerja atau dibuang kerja. Kerajaan menyarankan kita untuk terus berada di rumah dan kerja di rumah. Trend ini sudah menjadi kebiasaan. Oleh itu, apa kata anda luangkan masa untuk mempelajari helah cantik sebagai permulaan harian.
Tahukah anda bahawa menyiapkan diri sebelum bekerja sebenarnya membawa anda ke minda yang lebih produktif daripada hanya memakai pakaian tidur seharian?
Look good and feel good, hanya dengan cara yang mudah anda pasti kelihatan sempurna. EH! Bariskan beberapa idea solekan sebagai inspirasi daripada selebriti lokal dan antarabangsa. Untuk mudahkan anda bersiap sebelum ke Zoom Meeting. Terus kekal segar dan kemas apabila bekerja di rumah.