Bukan sahaja cantik sebagai aksesori dekorasi rumah, diffuser mempunyai kebaikan yang tersendiri sepanjang PKP ini.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan kerajaan telah memaksa ramai kembali bekerja dari rumah. Tempat kediaman kini menjadi kantor kerja baharu. Buat mereka yang merasakan rumah seperti tidak memberikan suasana kerja yang sesuai, apa kata anda hiaskan ruang kerja anda dengan sebuah diffuser.
Diffuser kini hadir dalam pelbagai bentuk, saiz dan harga. Walau bagaimanapun, fungsinya tetap sama apabila digunakan bersama essential oil atau minyak pati. Bukan sahaja dapat mengharumkan sejenak ruang rumah anda, ia mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat buat kesihatan diri. Dan paling utama, ianya cantik dijadikan sebagai aksesori dekorasi rumah anda.
Dapat memberikan tenaga, meningkatkan keupayaan otak, serta membantu untuk mendapatkan tidur yang lena, berikut adalah antara manfaat diffuser yang bagus untuk diri anda:
1. Mengurangkan Tekanan
Salah satu manfaat utama penggunaan diffuser di rumah adalah ia mampu membuat anda berasa lebih relaks dan tenang. Lebih-lebih lagi selepas anda pulang dari pejabat. Atau sepanjang PKP ini, ia dapat mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja di rumah. Selain boleh digunakan di ruang tamu dan tempat anda bekerja, anda boleh meletak di bilik tidur untuk merehatkan minda dan badan di atas katil nanti. Pastinya tidur anda lebih lena dan tenang.
Minyak pati pilihan: Lavender, kamomil, vanila, bunga melati, kayu cedar
2. Elakkan Jangkitan Penyakit dan Bakteria
Apabila minyak pati diresapkan ke udara menggunakan diffuser, ia akan mengurangkan pembiakan bakteria dan virus yang berbahaya kepada kesihatan diri. Ia juga dapat merangsang sistem imuniti badan untuk anda kekal sihat. Sekaligus mengelakkan bakteria ini daripada memasuki badan anda dari mendapat jangkitan penyakit seperti selesema. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai alat penghalau nyamuk yang berkesan.
Minyak pati pilihan: Pudina, tea tree, kayu putih (eucalyptus), bunga cengkih, taim merah
3. Memperbaiki ‘Mood’ Anda
Diffuser adalah alat aromatik yang dapat memberikan efek ketenangan. Bersama minyak pati tertentu, ia pasti dapat memperbaiki mood diri seperti kawalan emosi serta suntikan tenaga pada waktu pagi. Buat yang bekerja di rumah ketika PKP ini, penggunaan minyak pati yang berbeza akan menyuntik kelainan dengan menukar mood bekerja kepada mood rumah yang lebih menenangkan. Ia juga dapat merangsang otak untuk membantu anda untuk fokus dan lebih produktif.
Minyak pati pilihan: Lavender, rosemary, vanila, limau gedang (grapefruit), cedana (sandalwood), buah oren
4. Melegakan Kesakitan
Selain dapat memperbaiki ‘anxiety’ serta mengurangkan cortisol atau hormon ‘stress’, kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan turut menunjukkan aromaterapi dapat melegakan kesakitan. Apabila anda menarik nafas bersama resapan minyak pati, ia akan memasuki badan melalui sistem peraliran darah.yang mampu untuk melegakan pelbagai kesakitan. Antaranya seperti pening kepala, ketegangan otot dan sakit sendi.
Minyak pati pilihan : Lavender, kayu manis, limau purut, halia, geranium, serai
Jika anda mencari sebuah mesin diffuser untuk diletakkan di rumah, anda boleh mendapatkan Aroma Diffuser oleh label tempatan, Tanamera. Ia menggunakan teknologi ultrasonik yang dapat memisahkan campuran minyak pati dan air menjadi mikro zarah, dan diresapkan ke udara dalam gelombang 2.5 juta kali per saat. Lantas, ia dapat mengubah ruang rumah menjadi seperti berada spa yang cukup menenangkan. Selain mengurangkan bau yang tidak diingini, Aroma Diffuser ini dapat melindungi rumah anda daripada udara yang berbahaya dan mengawal tahap kelembapan udara untuk kulit yang kekal lembap dan segar.
Baca lebih lanjut: 5 Gaya Hidup Baharu Untuk Bumi Yang Lebih Lestari Tahun Ini
Foto: Getty Images & Tanamera