4 Tip solekan ini mampu membuat solekan tahan lama walau seharian memakai pelitup muka.
Inginkan solekan yang kemas, cantik dan tahan lama walaupun ketika memakai pelitup muka?Semestinya mahu bukan! Merias wajah merupakan suatu keperluan buat wanita termasuk juga lelaki untuk meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri ketika berinteraksi dengan orang sekeliling. Ditambah dengan keadaan norma baharu yang mana pemakaian pelitup muka adalah wajib ketika berada di luar rumah bagi mencegah penularan Covid-19.
Bagaimanapun, pemakaian solekan dan pelitup muka dalam masa yang sama merupakan suatu cabaran baharu bagi mereka yang inginkan solekan bertahan lama. Jika anda melakukan teknik solekan yang salah ketika memakai pelitup muka, solekan akan pudar dan merosakkan mood anda seharian! Ikuti empat teknik bersolek yang betul, senang dan mudah!
1.Skin Prep
Penjagaan muka adalah penting sebelum memulakan solekan kerana asas muka kita memerlukan vitamin dan rehat yang betul bagi menghasilkan kulit yang sihat dan cantik. Teknik skin prep yang betul dan tepat merupakan teknik yang penting bagi mengelakkan ‘maskne’. Penggunaan Glycolic Acid serum sebelum tidur mampu menghasilkan kelembapan pada kulit muka pada keesokan hari. Malah, pemakaian Vitamin C serum pada siang hari amat digalakkan untuk mengekalkan vitamin C pada kulit yang terlindung daripada sinaran matahari.
2.Bedak Asas
Penggunaan bedak asas yang salah akan merosakkan kompleksi kulit dan menyebabkan pori muka terbuka dan breakout kerana dicemari bakteria. Elakkan penggunaan bedak asas yang terlalu tebal dan yang memiliki bahan minyak dan alkohol di dalamnya bagi mengelakkan berlaku masalah atau cela pada kulit. Guna bedak asas yang memilki tekstur ringan dan akhiri dengan setting make up spray agar bedak asas kekal lama ketika memakai pelitup muka.
3.Gincu Neutral
Pemakaian gincu neutral membuat penampilan lebih kemas. Gincu ton neutral yang disempurnakan dengan formula melembap amat digalakkan kerana pemakaian pelitup muka akan menyebabkan mulut dehidrasi sendiri. Elakkan gincu yang terlalu terang dan tekstur yang terlalu kusam kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah bibir kering.
4.Pelitup Muka Sutera/Satin
Dapatkan pelitup muka sutera/satin jenama Milliot & Co di Zalora!
Akhiri rutin memakai solekan yang tahan lama dengan memakai fabrik pelitup muka yang betul. Satin mahupun sutera antara fabrik yang sejuk dan cenderung menyerap kelembapan lebih sedikit daripada material kapas.
Artikel berkaitan 7 Tip Solekan Mesti Cuba Tahun 2021