Ladies, take care of your crown! Tambah aroma sensual penuh peribadi hanya dengan beberapa semburan ekstra pada rambut. Ketahui lima semburan rambut yang menjadi kegemaran ramai, sepanjang masa!
Wangian adalah merupakan sebagai salah satu daripada identiti seseorang individu, secara tidak disedari. Terdapat pelbagai jenis cara kreatif untuk mendapatkan aroma khas buat diri sendiri, mungkin cara minyak wangi dipakai, di mana ia di letakkan, semuanya mampu memberi impak tersendiri, selain memilih nota asas pilihan hati. Layangan aroma mampu menerbangkan minda ke beberapa situasi atau memori diingatkan kembali. Minyak wangi memberikan pengalaman sensual yang unik untuk pemakainya, sama ada wanita mahupun lelaki.
Mungkin ramai tertanya-tanya tentang keperluan atau fungsi sebenar wangian buat rambut. Walaubagaimanapun, penggunaannya merupakan satu langkah tambahan dalam proses penjagaan rambut. Langkah tambahan ini memberikan impak yang besar kerana layangan dan aroma yang berpanjangan, mampu mencuri perhatian ramai. Wangian buat rambut biasanya lebih baik kerana bahan-bahan yang digunakan selalunya kurang menggunakan alkohol. Alkohol adalah merupakan bahan yang dapat menghilangkan kelembapan semulajadi pada rambut, dan ia biasa digunakan dalam minyak wangi harian.
Kebanyakan pendandan rambut yang profesional juga menyarankan langkah-langkah tambahan buat penjagaan rambut, kerana rambut juga memerlukan belaian dan kasih sayang seperti kulit wajah. Jika rutin kecantikan mampu dibelai dengan tujuh langkah penjagaan wajah, pasti semburan buat rambut atau “hair mist” tidak menjadi masalah. Kaedah menggunakan penyembur rambut adalah dengan memercikkan penyembur ke bahagian rambut dari akar hingga ke hujung, serta segera memberikan urutan buat kulit kepala. Pengunaan Hair Mist ini terus menjadi pilihan trend pilihan, akan ada orang yang memilikinya.
Kini, EH! menyenarai pendek beberapa penyembur rambut yang anda perlu cuba dalam memastikan kecantikan, kesihatan, dan aroma mewah pada rambut! Malah, anda boleh menarik perhatian ramai dengan layangan rambut bersulam haruman istimewa.