Serlahkan keyakinan anda dengan menggayakan empat produk edisi khas sempena Tahun Baru Cina 2021!
Walaupun Tahun Baru Cina 2021 diraikan dalam situasi pandemik Covid-19, jangan jadikan ia alasan untuk ‘TIDAK’ berhias dan melawa! Bersempena perayaan ini, kami perkenalkan lima produk kecantikan edisi khas empat produk daripada jenama terkenal, Shiseido, L’occitane, Fenty Beauty dan M.A.C! Kebetulan jenama kecantikan tersebut hadir dalam koleksi dan set edisi terhad untuk membantu anda mencapai tahap kecantikan maksimum tahun ini atau untuk dihadiahkan kepada seseorang.
Edisi Khas Shiseido ULTIMUNE Power Infusing Concentrate
Sempena Tahun Baru Cina 2021, Shiseido menghadiahkan peminat mereka dengan formula serum edisi khas tersendiri yang mengandungi ekstrak cendawan Reishi dan ekstrak akar Iris yang digunakan dalam rawatan herba tradisional untuk menguatkan dan mempertahankan kulit muka anda agar sihat, malah ia juga membantu membaiki kulit bermasalah. Sesuai buat mereka yang berkulit normal, minyak, kombinasi dan kering. ULTIMUNE Power Infusing Concentrate Edisi Khas juga dihadiri dengan haruman bunga hijau dengan kesan relaksasi dan tenaga yang menenangkan. Mengandungi ‘ImuCalm Compound‘, untuk mengelakkan kerosakan akibat tekanan emosi.
Boleh didapati, DI SINI.
L’occitane Immortelle Reset Oil-In-Serum
L’occitane Immortelle Reset Oil-In-Serum merupakan serum penguat untuk mengaktifkan sel kulit untuk melicinkan garis halus & menghidupkan semula kulit. Kulit akan kelihatan segar, rehat & bercahaya dengan cahaya muda. Tip menggunakannya adalah dengan menistiskan dua hingga ke tiga titik di tangan dan sapu rata pada keseluruhan wajah pada waktu malam agar keesokan pagi, kulit tampak sihat, bersinar dan kelihatan lembap. Bentuknya yang kecil berisi padu 50ml pada harga yang berbaloi pasti membuatkan anda ingin memiliki L’occitane Immortelle Reset Oil-In-Serum Edisi Khas ini.
Boleh didapati, DI SINI.
Fenty Beauty Lip + Luminizer Set: Edisi Khas Tahun Baru Cina
Fenty Beauty By Rihanna menghadirkan set edisi khas, New Year Glow Lip + Luminizer Set Lunar New Year (Edisi Khas) bersama warna eksklusif: Diamond Bomb All-Over Diamond Veil, berwarna kilauan emas champagne dan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer berwarna oren merah terang yang berkilauan. Dapatkan rupa Tahun Baru Cina ini dengan miliki cahaya dan kilauan yang ‘meletup’. Mesti dimiliki Fenty Beauty dengan glos bibir ikonik dan kultus khas mereka dalam set edisi terhad perayaan ini yang menampilkan warna set-eksklusif!
Boleh didapati, DI SINI.
M.A.C Moon Masterpiece
Berikan karya seni Tahun Baru Cina ini pada wajah anda! Dihiasi dalam pembungkusan Pop Art edisi terhad menampilkan ikon ikan mas yang elegan, dihadiri dengan kepelbagaian warna yang indah untuk dicuba pada mata, bibir dan kulit hingga mampu membuatkan anda kelihatan tampak berani dan Menawan pada Tahun Baru Cina 2021 ini. M.A.C Moon Masterpiece didatangi dengan lima warna khas Powder Kiss Lipstik (RM96), dua warna Versicolor Varnish Cream Lip Stain Edisi Khas (RM114), Extra Dimension Skinfinish Edisi Khas (RM169), Eyeshadow x 9: Sea of Plenty Edisi Khas (RM225) dan Powder Blush Duo: Good Health, Great Wealth (RM135).
Boleh didapati, DI SINI.
Artikel Berkaitan: Louis Vuitton Gandingkan Dua Haruman, Meraikan Hari Kekasih