Karyn Hillman, selaku Ketua Pengarah Produk di Levi’s cukup menegaskan yang kelestarian dan penggunaan berhemah adalah misi utama sekarang. Apatah lagi dengan keadaan siklim global yang makin kronik. Lalu, Levi’s mengambil inisiatif sendiri untuk meneruskan dalam penghasilan item fesyen mereka mengikut sumber alam yang berinovasi, selari dengan menjaga kelestarian alam.
Antara inovasi yang sudah dilaksanakan di Levi’s termasuklah Cottonized Hemp. Rami dijadikan opsyen pada penghasilan fabrik denim kerana ia hanya memerlukan sedikit air. Untuk melembutkan fabrik rami ini, mereka bekerja sama dengan pakar inovasi fabrik untuk memebrikan kemasan seakan kapas. Selain itu, jenama denim popular ini juga memperkenalkan ceraian berasaskan kapas organik. Bagi himpunan musim bunga 2021, banyak ceraian item fesyen lelaki menggunakan material ini yang tidak menggunakan racun kimia yang mana merosakkan tanah bumi. Lantas mampu memberikan tanah dan air lebih subur.
Di jenama denim ini juga memperkenalkan Tencel yang menjadi pengganti kepada fabrik viskos. Tencel diperbuat daripada material kayu dan digubah cukup lembut. Levi’s mendapatkan material untuk membuat Tencel daripada peladang yang jujur dalam sistem perladangan hutan mereka. Levi’s juga terus menjulan dalam penghasilan ceraian yang menggunakan fabrik kitar semula. Buat musim 2021, kesemua beg bahu, beg galas dan beg tote diperbuat menggunakan fabrik kitar semula daripada botol plastik dan sisa plastik yang lain.
Pautan Berkenaan: Ultimate 81 MP, Inovasi Baharu Onitsuka Tiger