Dicipta untuk City Runner yang versatil seperti anda, Nike melancarkan Nike React Escape Run!
Baru-baru ini saya cepat rasa letih dan sering lesu. Mungkin kerana kerja yang tidak pernah sudah dan diet dan senaman yang tidak konsisten. Saya terpanggil untuk mengubah gaya hidup tidak sihat kepada yang lebih baik dek kerana umur yang makin meningkat dan penekanan terhadap kesihatan tubuh badan memerlukan perhatian khusus. Awalnya, saya mulakan dengan jogging di persekitaran kediaman rumah dan kemudian upgrade route larian kepada yang lebih jauh dan akhirnya memilih jog perlahan-lahan walaupun mahu ke taman tasik ataupun sekadar untuk grocery run.
Semestinya tinggal di bandar yang dekat dengan segala kemudahan memudahkan pergerakan namun tanpa gym gear yang betul dan selamat pasti membantutkan niat untuk bersenam dan berekreasi. Saya mencuba Nike React Escape Run. Khabarnya ia direka dan disesuaikan untuk wanita dan juga City Runner (seperti saya) ia mempunyai kolar lebih lebar dan perincian bersulam.
Selepas seminggu berjalan dan berlari dengan kasut jenis ini, ia memberikan keselesaan maksimum dan sangat responsif ketika beraksi. Dengan midsole yang diperbuat dengan React foam, busa paling tahan lama dan kenyal, Nike React Escape RN adalah kasut lari terkini paling bergaya untuk wanita versatil seperti kita semua. Swipe ke kanan untuk info selanjutnya mengenai kasut sukan ini!