Pabila mengimbau barisan ikon ’90-an, Pokemon antara watak dari ‘pop culture’ yang cukup besar dan memiliki francais hiburan yang masih digemari golongan kanak-kanak juga dewasa. Saat melangkahnya dunia ke era milenium, siapa yang tidak mahu menyertai pengembaraan epik bersama watak kesayangan ramai, Ash, Misty dan Pikachu ketika menerokai dunia Pokemon yang penuh warna dan keseronokkan. Justeru itu, sempena meraikan ulang tahun ke-25 Pokemon tahun ini, Levi’s® hadir dengan koleksi ceria Levi’s® x Pokémon yang berinspirasikan era ‘90-an.
“Koleksi hebat ini memberi penghormatan serta meraikan dunia Pokemon, dan ia sesuatu yang menarik apabila dapat menggabungkan sejarah dan ikon yang pastinya menimbulkan nostalgia dan rasa optimistik dengan sedikit unsur eskapisme,” ungkap Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk Levi’s® Strauss & Co mengenai koleksi ini.
Diilhamkan daripada musim pertami siri animasi Pokemon, koleksi ini merangkumi himpunan denim, helaian kemeja, kemeja-T, celana pendek, dan aksesori yang menampilkan grafik serta cetakan watak-watak popular animasi itu, di samping gambaran persekitaran hutan dalam persekitaran Kanto. Antara helaian yang difokuskan ialah jaket vintaj fit trucker garapan stail ’90-an, yang menonjolkan sulaman besar Pikachu. Dan tampalan bentuk panahan kilat untuk Pokemon.
Turut hadir dalam himpunan kolaborasi menarik ini ialah kemeja T grafik yang mengimbau kembali seni watak, seperti Ash, Misty dan Pokemon. Dan bagi peminat watak Misty, Levi’s® menawarkan celana pendek Misty Short dan kemeja-T tanpa lengan Misty Tank sebagai penghormatan kepada watak Misty, yang mana gaya tersebut menggarap inspirasi stail peribadi Misty dalam siri itu.
Terdapat juga aksesori lain, yang menampilkan reka bentuk dari watak-watak Pokemon. Seperti beg gim Pokemon dengan cetakan flora, beg silang Poke ball serta beg pouch klip dengan sulaman watak Pokemon di bahagian depan. Padanan gaya bertunjangkan koleksi ini, semestinya menghangatkan lagi penampilan sepanjang musim bunga.
Artikel berkaitan: 5 Tas PEDRO Pilihan EH!