Belum seminggu kakak kepada Neelofa mendirikan rumah tangga, timbul pula desas-desus mengatakan giliran usahawan ini bakal tiba sedikit masa lagi.
Menurut khabar angin yang tular, penikahan Neelofa dengan tunangnya, Haris Ismail (PU Riz) bakal berlangung dalam minggu ini.
Seperti yang dilaporkan Mstar, spekulasi ini menjadi hangat selepas video Haris membelek samping songket di butik pakaian tersebar di Instagram. Namun ia dipadam tidak lama kemudian.
Kenyataan ini dipersetujui oleh seorang lagi netizen yang merupakan peniaga pakaian. Dia mendedahkan, pelanggan datang ke kedainya untuk membeli persalinan bagi menghadiri majlis pernikahan Neelofa yang bakal berlangsung dalam majlis privasi.
Lebih menguatkan spekulasi apabila satu acara perniagaannya yang sepatutnya berlangsung pagi semalam ditangguhkan pada saat akhir.
Tanda pagar #NLFH juga kembali aktif digunakan peminat dengan memuat naik gambar dan video pasangan tersebut berserta ucapan tahniah, menguatkan lagi dakwaan yang mereka bakal berkahwin.