EH! Berpeluang dekati aktres, aktivis Jameela Jamil dan Millenial Therapist Sara Kuburic untuk sesi roundtable secara eksklusif dibawakan oleh The Body Shop melalui kempen global #selfloveuprising
Banyak faktor yang mempengaruhi wanita terutama dalam masalah kendiri setiap wanita. Namun adakah anda tahu mengenai pentingnya memupuk ‘Self Love’ dalam diri sendiri. Sempena dengan Hari Wanita Sedunia, jenama kecantikan kegemaran ramai The Body Shop membuat tinjauan serata dunia melalui Ipsos mengatakan negara seperti Korea Selatan, Arab Saudi dan Paris berada di tempat paling terbawah dalam mencintai diri sendiri manakala Denmark, Australia dan Amerika Syarikat paling tinggi purata sebanyak 22,000 orang di ambil kajian sekitar November dan Disember 2020. Indeks ini merangkumi beberapa faktor seperti self-worth, kesejahteraan diri, kebahagiaan dan perbezaan usia, jantina, negara dan taraf hidup banyak memberi impak pada diri mereka sendiri. Satu penyataan yang mengejutkan bahawa “72 peratus wanita di UK sering berharap tubuh mereka berbeza”.
EH! Bertuah kerana terpilih sebagai salah satu wakil media untuk duduk bersama dalam segmen ‘roundtable’ secara virtual bersama pelakon dan aktivis Jameela Jamil dan “The Millennial Therapist” Sara Kuburic untuk berkongsi pandangan dan pendapat mereka mengenai Self Love dalam kalangan wanita dan memupuk ruang yang selamat untuk perubahan positif untuk diri sendiri.
“Self-Love” Sebagai Superpower
Perkataan Self-love adalah sebagai perjalanan yang berterusan, dan sesuatu perkara yang sukar untuk dicapai, terutamanya sebagai seorang wanita. Wanita diajar untuk membenci dan membenci diri sendiri. “Bagi saya, saya masih dalam perjalanan untuk menghormati diri sendiri terlebih dahulu; dan dengan tujuan yang terakhir adalah cinta akan diri sendiri,” kata Jameela.
Pelakon yang terkenal dengan watak Tahani Al-Jamil dalam siri yang memenangi anugerah Netflix, The Good Place. Jameela juga mendirikan dan mengusahakan “I Weigh”, sebuah gerakan yang memperjuangkan inklusiviti radikal – kini bersinar dengan peranan terbarunya sebagai wajah buat kempen Love Uprising daripada The Body Shop. Dia seorang yang tidak mempunyai keraguan untuk berkongsi kebenaran yang jujur dan menyakitkan mengenai cinta diri dengan seluruh dunia.
Bersama dengan pakar psikoterapi eksistensial dan penyokong kesihatan mental, Sara Kuburic, kedua-dua wanita ini telah bekerjasama dengan jenama tersebut untuk memberi petunjuk mengenai Indeks Self-Love buat The Body Shop secara global.
Berkongsi pengalaman cinta dirinya dengan media melalui Zoom, Jameela mengatakan bahawa “Saya baru mencecah usia 35 minggu lalu, namun saya masih menemui sedikit pesanan beracun di dalam otak saya! Sepertinya saya mengambil tweezers dan mencungkil keluar [pemikiran ini] dari kepala saya. Walaupun begitu, kita harus terus maju untuk mendapatkan pengalaman. Ia akan mencipta satu perjalanan luar biasa dan saya berharap agar diberi rezeki untuk hidup lama dan mencari sebanyak mungkin warna dalam hidup saya – kerana saya telah menghabiskan banyak masa untuk menjadi gadis yang patuh dengan kemurungan.”
Sebenarnya, self-love merupakan lebih daripada hidangan cantik yang terhidang di atas pinggan perak. Walaupun begitu, perjalanan sukar bak rollercoaster adalah sesuatu yang mesti kita alami sendiri untuk menyedari mengapa ini bukan kelemahan kita, malah ia seperti kuasa kita.