Jalinan dua gergasi dari Korea Selatan, kumpulan fenomena K-pop antarabangsa, BTS telah dipilih sebagai duta global baharu buat jenama gaya hidup popular, Coway.
Dua jenama Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia kini bersatu tenaga dalam usaha menyempurnakan gaya hidup harian semua. Kumpulan fenomena K-pop antarabangsa, BTS yang terus menguasai pentas muzik dunia telah dipilih sebagai duta global baharu untuk jenama gaya hidup Life Care Company terkemuka, Coway.
Bersama kumpulan muzik gergasi yang popular dengan lagu Dynamite, Coway ingin meningkatkan kesedaran jenama mereka di Malaysia dan di seluruh dunia menerusi kerjasama dengan BTS. Kedua-dua jenama berasal dari Korea Selatan ini mempunyai pangkalan peminat yang luas, di dalam dan juga luar negara. Lebih-lebih lagi BTS ARMY yang merupakan peminat setia kumpulan yang diasaskan sejak 2010 itu.
Selaku jenama gaya hidup yang menyeluruh, Coway mahu meneruskan penglibatan rakyat Malaysia menerusi inisiatif yang menarik. Antaranya Coway Run tahun dan pelancaran Pusat Pengalaman Coway (Coway Experience Centre) pertama di dunia. Produk dan usaha pemasaran mereka kini tertumpu kepada keperluan keluarga muda yang semakin meningkat dan juga pemilik rumah kali pertama yang ingin melengkapkan kediaman mereka dengan alat keperluan rumah seperti penulen air, penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam berkualiti.
Dengan terjalinnya kerjasama ini, peminat BTS akan dapat menyaksikan kumpulan kegemaran mereka berkongsikan gaya hidup harian mereka dengan lebih dekat. Jangan lupa saksikan kumpulan kegemaran anda beraksi nanti dalam membintangi kempen terbaharu Coway di televisyen dan juga platform media sosial. Sehingga kini, lebih tujuh juta rakyat Malaysia telah menikmati pengalaman gaya hidup yang lebih segar, lebih bersih dan lebih mudah dengan produk Coway.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: “Saya mahu menjadi SUPERSTAR!” – Aniq Suhair