Peminat karakter unik Line Friends kini boleh memantapkan lagi cinta mereka dengan mendapatkan koleksi beg eksklusif di Furla. Ini kerana, jenama beg asal Itali ini mengambil langkah unik dengan berkolaborasi bersama Line Friends buat satu koleksi beg-beg comel. Karakter Line Friends dihidupkan lebih cute dengan menghiasi permukaan beg-beg koleksi baru ini.
Tiga karakter daripada Line Friends dipilih untuk menjayakan kolaborasi bersama. Watak utama bernama Brown yang membawa peribadi berhati murni digandingkan bersama buah hatinya, Cony. Watak teman wanita itu pula bersifat cukup ceria. Selain Brown dan Cony, kolaborasi ini juga meletakkan watak Sally yang beridea geliga sebagai maskot utama. Brown dan Cony adalah karakter pertama yang dilancarkan di Line Friends, sejak daripada tahun 2011.
Koleksi ini mempunyai lapan rekaan beg yang dihiasi dengan karaker Line Friends. Ada beg bulat yang boleh disilang pada bahu dengan motif Brown dan Sally. Semestinya Furla x Line Friends ini juga memberikan koleksi ikonik beg Metropolis sebagai taruhan mereka. Lebih bersahaja dengan motif karakter Brown dan Sally sebagai serinya. Koleksi baru ini menggunakan material Ares. Koleksi Furla x Line Friends bakal singgah di butik Furla pada 15 April dengan tanda harga diantara RM650 hingga RM1900.
Skrol lebih lanjut untuk lihat koleksi comel terbaru Furla bersama Line Friends!
Pautan Berkenaan: Kekuatan Dan Keyakinan Diri Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta!