Sajian buka puasa ‘Selera Kampong Enak’ Shook! di The Starhill Dining pasti menggamit nostalgia masakan kampung yang menggunakan resipi turun-temurun dengan hanya RM98++ seorang.
Seperti tahun lalu, pasti ramai yang merindui masakan kampung kala berbuka puasa disamping keluarga. Buat yang tidak berpeluang pulang ke kampung halaman, Shook! di The Starhill Dining mahu mengubati kerinduan dengan sajian bufet ‘Selera Kampong Enak’ yang menyajikan pelbagai seleksi masakan Melayu tradisional yang cukup menyelerakan.
Bermula 16 April sehingga 13 Mei, Shook! mempersembahkan bufet berbuka puasa menggunakan resipi turun-temurun. Eksplorasi masakan tradisional kampung kali ini disediakan oleh pasukan cef yang diketuai oleh Cef Rafizan. Pasti menggamit nostalgia seperti berbuka puasa di kampung halaman.
Buat yang menggemari sajian Melayu klasik, seleksi bufet ini diinspirasikan daripada citarasa kampung bersama hidangan klasik yang terkenal dari dapur Enak. Antara yang menjadi kegemaran daripada restoran Enak dahulu termasuklah Sup Ekor dan juga Rendang Tok Asli. Turut menampilkan hidangan Ikan Patin Tempoyak yang menjadi signature cef. Tidak dilupakan seleksi pemanis mulut yang menyegarkan seperti Cendol dan kuih-muih tradisional.
Apa yang menarik selain seleksi bufet yang menyeluruh adalah harga yang ditawarkan. Ianya hanya RM98 seorang dan sudah tentu lebih berbaloi jika dibandingkan dengan pilihan bufet di hotel-hotel lain sekitar kota. Selain itu, restoran Shook! yang berada di aras LG ini kini berwajah baharu selepas pusat beli belah Starhill Bukit Bintang menjalani proses renovasi dan penambah baikan.
The Starhill Dining yang berwajah baharu ini turut menempatkan beberapa restoran, kafe dan bar selaku hub gastronomi hangat yang baharu di tengah-tengah Bukit Bintang. Dari sajian Timur Tengah kepada hidangan autentik Cina, The Starhill Dining akan memenuhi citarasa semua penecinta makanan di Kuala Lumpur.
Foto: Shook! & Instagram The Starhill Dining
Baca lebih lanjut: 5 Destinasi Buka Puasa Perlu Cuba Di Kuala Lumpur