Gaya garisan mata bold menjadi taruhan baharu Peter Philips di pertunjukan koleksi musim luruh 2021 Dior.
Foto: Yi TUO & Effy YU untuk Christian Dior Parfums
Dior mementaskan himpunan musim luruhnya di Shanghai minggu lalu. Memilih Long Museum West Bund di China sebagai lokasi pementasan ini, himpunan ini menyaksikan Maria Grazia Chiuri. Maria banyak bermain dengan material berkilau, bagaikan satu terjemahan kepada inspirasi disko.
Menghidupkan lagi pementasan himpunan ini tentunya gaya solekan yang datang dari buah fikir pengarah kreatif dan imej Dior Makeup Sendiri, Peter Philips. “Saya memberi tumpuan gaya keseluruhan solekan ini pada penggunaan penggaris mata.”
Tiada yang lebih menonjol melainkan gaya garisan mata yang bold, dan idea ini mungkin kerana Peter mahu mengimbangi helaian-helaian ciptaan maria yang sudah berat dengan permainan labuci dan manik.
Walaupun memberi fokus pada gaya garisan mata yang bold, namun Peter tidak membiarkan ruang kelopak mata polos semata, dia masih menggunakan pembayang mata dalam ton natural untuk mendampingi pengagris mata. “Saya mencalit pembayang mata berkilau dalam ton nude, 649 Nude Dress dalam palet pembayang mata Dior terlebih dahulu sebelum mencipta garisan mata yang bold menggunakan 091 Matte Black Diorshow On Stage Liner.”
Peter mencipta garisan mata yang tebal pada bahagian bawah mata dan dia mengisi waterline Bahagian mata dengan celak hitam, Diorshow 24H Stylo in 091 Matte Black.
Artikel Berkaitan: Natalie Portman Bintangi Kempen Baharu Dior Forever
Untuk asas solekan semuanya serba polos dan tiada yang keterlaluan. Peter menggunakan bedak asas Dior Forever dan juga penyamar noda Dior Forever Correct. Untuk bibir pula, Peter melembapkan bibir barisan model dengan Diornatural dan melapiskannya dengan calitan gincu Rouge Dior 434 Satin Promenade.