Persalinan tradisional Korea yang disarung ahli kumpulan BTS, Jimin ketika membuat persembahan di The Tonight Show kini dijual menerusi satu sesi lelong.
Myart Auction, syarikat lelong yang berpusat di Seoul dan memberi pengkhususan dalam bidang seni Korea mendedahkan, jualan pakaian Jimin adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesi lelongan tersebut yang telah pun bermula dua hari lalu.
Persalinan yang dikenali sebagai hanbok dalam bahasa Korea itu tidak dicuci selepas disarungkan Jimin kala membuat persembahan dalam rancangan yang dihoskan oleh Jimmy Fallon.
Menurut Korea Economic Daily, bidaan bermula pada harga RM18,000.