Buon appetito! Marks & Spencer berkolaborasi bersama cef selebriti, Ili Sulaiman dalam memperkenalkan resipi viral ‘Baked Feta Pasta’ yang tular dengan menggunakan rangkaian bahan-bahan M&S Italian Range Pantry.
Kala Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 masuk minggu ketiga, pasti ramai yang sudah keliru untuk masak apa di rumah. Marks & Spencer sekali lagi akan menyelamatkan anda dengan idea masakan yang mudah dan menyelerakan. Kali ini, mereka berkolaborasi bersama cef selebriti, Ili Sulaiman dalam memperkenalkan resipi viral ‘Baked Feta Pasta’ dengan menggunakan rangkaian bahan-bahan M&S Italian Range Pantry.
Diinspirasikan daripada #BakedFetaPasta yang tular dan diciptakan oleh Ili Sulaiman, resepi pasta satu bekas ini adalah bebas gluten dan berkhasiat dengan menggabungkan sos yang mewah dengan kandungan karbohidrat, protein dan sayuran yang lengkap sebagai satu hidangan sempurna. Untuk diri sendiri mahupun dinikmati bersama seisi keluarga, ia hanya mengambil masa 25 minit dengan menggunakan bahan-bahan mudah seperti pasta, sos, zaitun dan antipasti daripada M&S Italian Range Pantry dalam memberikan citarasa Itali sebenar.
Baked Feta Pasta
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 6 orang
Bahan-Bahan (Sos)
1 blok keju feta (180g)
2 ulas bawang putih
1 balang sos pasta Made in Italy Tomato and Herb
6 – 8 keping M&S Made in Italy Semi Dried Cherry Tomatoes dalam extra virgin olive oil
100g potongan Hojiblanca Olice – ditapis
4 sudu besar Italian Extra Virgin Olive Oil
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
1 sudu kecil Italian Herb
1 sudu kecil emping cili (chili flake) – lebih jika anda sukakan pedas
Bahan-Bahan (Pasta)
500g M&S Gluten Free Penne
2 liter air panas
2 sudu besar garam
Cara Penyediaan
Langkah 1 – Sos Pasta
1. Potong 2 ulas bawang putih
2. Potong dadu M&S Made In Italy Semi Dried Tomatoes
3. Tuang M&S Made In Italy Tomato and Herb Pasta Sauce ke dalam kaserol
4. Taburkan potongan bawang putih ke dalam sos
5. Masukkan tomoto ceri separa kering
6. Taburkan empingan cili dan Italian Herb
7. Tambah potongan Hojiblanca Olives
8. Letakkan 1 blok keju feta kambing di atas
9. Perisakan dengan lada hitam
10. Tuangkan sedikit (drizzle) Italian Extra Virgin Olive Oil
Langkah 2 – Masak Sos Pasta
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah dan masak selama 15 – 20 minit
Langkah 3 – Rebus Pasta
1. Rebus M&S Gluten Free Penne Pasta
2. Biarkan masak sehingga sempurna
3. Tapis Pasta dan biarkan sebentar
Langkah 4 – Campur Pasta dan Sos
1. Lenyekkan keju feta dan campur
2. Masukkan pasta yang sudah masak dan gaul
Langkah 5 – Hidang
1. Tuangkan sedikit (drizzle) minyak zaitun dan hiding untuk dimakan
Rangkaian Marks & Spencer Italian Food boleh didapati di M&S Foodhall di seluruh negara dan secara atas talian melalui Grab, foodpanda dan Happy Fresh. Atau boleh mencuba perkhidmatan Personal Shopper Service untuk pengalaman beli-belah lebih personal. Dapatkan diskaun 20% apabila anda membeli dua atau lebih seleksi produk M&S Italian nanti. Buon appetite!
Foto: Marks & Spencer
Baca lebih lanjut: “Watak Ali itu begitu dekat dengan peribadi saya.” – Iqbaal Ramadhan daripada ‘Ali & Ratu Ratu Queens’