Pelantun lagu 7 Rings, Ariana Grande menderma satu juta dolar kepada organisasi kesihatan mental untuk membantu peminatnya mendapatkan terapi percuma.
Grande yang menghidap gangguan stres pascatrauma (PTSD) dan kegelisahan melampau akibat pengeboman di konsertnya pada 2017 mengumumkan sumbangan itu di Twitter dan Instagram.
Skim bantuan tersebut merupakan kerjasama antara penyanyi itu dengan BetterHelp, dan pemohon akan menerima terapi selama sebulan secara percuma.