Miley Cyrus mengambil peluang untuk menyampaikan satu mesej penting ketika membuat persembahan di Las Vegas baru-baru ini.
Ketika mempersembahkan lagu hit berjudul Party in the U.S.A di konsert 4th of July, Miley menunjukkan sokongannya terhadap penyanyi pop yang juga rakannya, Britney Spears.
Dia mengajak penonton menyanyi bersama dan apabila sampai di pertengahan lagu, Miley mengubah beberapa baris lirik dan berteriak, “The taxi man turned on the radio, he turned to me and said, ‘Free Britney, Free Britney!’”