Gaya karakter yang mana satu menjadi kegemaran anda oleh pelakon popular K-drama, Han So-hee?
Sejak membuat debut lakonan pada tahun 2017, namanya terus menjadi bualan peminat K-drama di seluruh dunia. Dari siri yang mendapat sambutan hangat ‘The World of the Married’ kepada yang siri terbaharu ‘Nevertehless’ Han So-hee sentiasa mencuri tumpuan. Bukan sahaja pada bakat lakonannya, setiap karakter yang dimainkan mempunyai gaya yang tersendiri.
Dari gaya mewah eksklusif kepada tradisional hanbok yang berwarna atau hanya memakai baju panas selesa, berikut adalah evolusi gaya karakter oleh bintang K-drama, Han So-hee:
Reunited Worlds
Karakter pertama yang dilakonkan oleh Han So-hee ini mungkin yang paling trendy dan bergaya. Sebagai seorang Sebagai seorang wartawan di sebuah majalah fesyen, watak Lee Seo-won sentiasa mengenakan helaian yang terkini dari musim terbaharu yang belum lagi dikeluarkan di dalam majalah tersebut. Dia juga merupakan anak kepada pengarah di sebuah hospiyal, lantas tiada masalah untuknya untuk membeli daripada jenama-jenama mewah. Dia sentiasa mencuba gaya yang berlainan serta memakai anting-anting sebagai pelengkap gayanya.
Baca lebih lanjut: “Saya hilang 5 kilogram untuk watak Park Jae-eon,” – Song Kang melalui siri baharu, ‘Nevertheless’