KOLEKSI KAPSUL THE DIORAMOUR KINI MENEMUI PENCINTA FESYEN. MENGAGUNGKAN FANTASI DALAM FESYEN, EH! MEMILIH LIMA ITEM PILIHAN DARI THE DIORAMOUR.
Diilhamkan oleh kisah-kisah dongeng, rekaan Dioramour oleh Maria Grazia Chiuri adalah sebuah gagasan bergaya untuk memberikan suguhan penuh pesona. Pengembaraan, gaya, mimpi serta fantasi itulah yang The Dioramour ingin sampaikan.
Berseri dengan butiran hati, cetakan D-Chess dan motif D-Royaume d’Amour meraikan sentimen lembut, mendominasi pada beberapa rekaan agung, termasuk sniker Dior Addict dan the Dior Book Tote. Beg tangan Lady Dior dan Dior Caro serta aksesori kulit kecil lain juga terdapat dalam rupa baharu, berbentuk hati yang direka khusus untuk kapsul ini, merefleksikan ‘savoir-faire’ yang inovatif.
Sejumlah pakaian ‘ready to wear’, merangkumi sweater, kemeja T, celaba, jaket parka, selendang sutera dan topi yang terkandung, melengkapi penampilan sempena menyambut musim baru.
Dominasi the Dioramour menawarkan koleksi yang dihangatkan dengan warna-warna berani, terutamanya merah, hitam dan putih begitu memesona. Makin merangsang mood untuk berkelana segera. Turut membiaskan trend gaya jalanan yang tegar menjadi dambaan kelompok fesyen masa kini.
Barang keperluan Dior Maison seperti pinggan, cawan dan lilin juga diolah dengan warna-warna tema, bertepatan dengan ilham koleksi the Dioramour. Objek-objek tersebut tentunya punya peranan tertentu, namun tak dinafikan cukup hangat jika diletakkan di sudut ruang kediaman.
Pencetus semangat baru, apalagi ‘lockdown’ yang masih berlanjutan di negara kita. Koleksi the Dioramour akan berada di butik Dior mulai bulan Julai 2021.
EH! memilih lima item terhangat koleksi the Dioramour.
- BEG SANDANG MINI
Liburan musim panas akan bertambah semaraknya apabila dikunjungi dengan beragam aksesori yang mendampingi, seperti beg sandang dari the Dioramour ini. Balutan warna merah, dihiasi cetakan hati yang mendorong jiwa bebas dan playful. Praktikal, namun tersisip aspek fesyen yang menakjubkan.