Pelakon dan penyanyi, Elyana dimasukkan ke hospital dua hari lalu untuk menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul.
Elyana berkongsi mengenai perkara itu di Instagram miliknya dan memohon doa peminat agar urusannya dipermudahkan.
“Esok (27 Julai) bermulanya rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul. Malam ini tidur hospital bersendirian. Tiba-tiba terasa sayu.
“Kebetulan sudah empat hari saya tidak cukup tidur sebab sebelah badan terasa sakit. Tak tahu kenapa, tapi saya jangka itu angin yang sudah menangkap saraf. Doakan rawatan kali ini berjalan lancar dan semoga saya kuat,” tulisnya.