Kes buli kini dilihat semakin berleluasa, dan selebriti seperti Selena Gomez juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa.
Bulan lalu, drama The Good Fight menyiarkan satu babak di mana barisan pelakon berkongsi idea lucu kepada eksekutif TV, Del Cooper (lakonan Wayne Brady) dan berbincang mengenai topik tanpa had seperti autisme, nekrofilia, dan ‘pemindahan buah pinggang Selena Gomez’.
Selena yang menjalani pemindahan buah pinggang pada 2017 setelah bertahun-tahun bergelut dengan panyakit lupus tidak menganggap jenaka itu sesuatu yang lucu. Dia mengecam rancangan itu menerusi satu ciapan di Twitter dua hari lalu.