Kempen #FREEBRITNEY mencapai matlamat, Jamie Spears akhirnya undur diri sekaligus melepaskan hak penjagaan Britney Spears.
Selepas 13 tahun akhirnya, ayah bintang pop tersohor Britney Spears, mengambil keputusan untuk melepaskan hak penjagaan ke atas anaknya itu. “Kami ingin mengumumkan bahawa Jamie Spears serta peguamnya bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan,” kongsi peguam Britney dalam satu kenyataan semalam, keputusan tersebut merupakan satu kemenangan besar buat #FreeBritney.
Sebelum ini, ayah pelantun ‘Hit Me Baby One More Time’ itu diberi hak sepenuhnya untuk mengawal urusan peribadi, harta, dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$60 juta. Karier penyanyi tersebut dikawal ketat oleh Jamie Spears susulan dakwaan Britney mengalami masalah kesihatan mental sejak 2008. Dia dilaporkan telah memfailkan keputusan tersebut dalam dokumen mahkamah pada Khamis.
Baca: Miley Cyrus Selit Mesej #FreeBritney Di Konsert Las Vegas
Jamie dalam masa yang sama turut menyatakan tindakan dia melepaskan hak penjagaan itu adalah satu keputusan terbaik untuk Britney, namun dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya sehingga penjaga baharu dilantik. Namun begitu sehingga setakat ini belum ada tarikh rasmi bilakah Jamie akan melepaskan hak penjagaannya itu.
Sebelum ini mahkamah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan kepada bapanya, Jamie Spears yang turut bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perubatan, kewangan dan peribadi bintang itu.
Britney memfailkan rayuan kepada Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat yang memohon untuk menyingkirkan bapanya sebagai ‘penjaga’ (conservator). Kekasih kepada model, Sam Asghari itu mendakwa dia mengalami tekanan sejak dijaga oleh ayahnya dan tidak pernah berasa gembira dengan kehidupannya. Lebih teruk Britney turut mendakwa dia tidak dibenarkan hamil dan badanaya dipasang alat pencegah kehamilan.
Sejak berita ‘penganiyaan’ itu bertebaran, pelbagai kempen dijalankan orang awam dan khususnya penggemar Britney Spears termasuklah melancarkan kempen tanda pagar #FreeBritney yang mendesak agar kebebasan diberikan kepada penyanyi yang sudah melancarkan sembilan album solo itu.
Baca: Justin Timberlake Beri Sokongan Buat Bekas Kekasih, Britney Spears