Kate Winslet, Lily Collins dan Penelope Cruz antara selebriti tersohor yang mengakui kehebatan serum ini.
Bukan setahun dua, tapi 17 tahun, itulah masa yang diambil oleh Lancome untuk menghasilkan satu serum yang mampu memelihara kulit dengan begitu cemerlang. Advanced Genifique Serum hari ini menjadi kebanggaan Lancome bila mana serum ini terus laris dibeli sejak mula diperkenalkan. Ia menjadi pilihan ramai wanita termasuklah selebriti ternama seluruh dunia.
Tambahan pula hari ini kita perlu memakai topeng pelitup muka, jadi kulit sebenarnya perlukan penjagaan ekstra walaupun secara zahirnya kita fikir kulit akan lebih selamat terlindung di sebalik topeng. Tetapi sebenarnya kulit akan lebih mudah mengalami iritasi, berasa seperti terkedap dan pori juga terasa impaknya.
Apa yang membuatkan serum ini menjadi kesayangan ramai? Rahsianya pada formulanya yang dicipta untuk memperkasakan lapisan pertahanan kulit. Malah lapisan pertahanan kulit atau skin barrier adalah fokus utama dalam kebanyakan produk penjagaan kulit hari ini. Melihatkan situasi semasa yang mana kebanyakan masalah kulit disebabkan oleh lemahnya lapisan pertahanan kulit yang akhirnya mencetus kepada isu penuaan awal misalnya.
Lancome misalnya memberi fokus kepada memperkasakan microbiome kerana itu adalah kunci utama kepada lapisan pertahanan kulit yang kuat untuk kulit yang sihat dan kuat. Pertambahan usia serta keadaaan sekeliling yang penuh dengan pencemaran termasuk sinar UV kan melemahkan lapisan pertahanan kulit yang membuatkan tanda penuaan bertambah ketara.
Lapisan pertahanan kulit ada empat dan microbiome adalah yang atas sekali, dan oleh kerana itulah ia menjadi fokus utama dalam penjagaan dan pelindungan kulit. Microbiome yang kuat sekaligus akan menguatkan pertahanan kulit fizikal, berfungsi untuk merawat dan menyokonglapisan kulit. Bila microbiome diperkasakan maka lebih bagus untuknya melindungi kulti daripada pencemaran, bahan kimia, toksik dan sinar UV. Ia juga membantu menyeimbangkan paras pH kulit.
Lancome Advanced Genifique dimewahkan dengan empat probiotic factions, tiga prebiotics dan dimantapkan bersama asid hyaluronic dan vitamin CG. CUbalah serum ini kerana mengikut kajian perubahan kulit dapat dilihat seawall tujuh hari. Penggunaan sebotol kulit 52 peratus lebih berseri dan kedutan berkurang 46 peratus.
Sempena bulan kemerdekaan ini Lancome ada tawaran istimewa untuk anda yang mahu memiliki serum hebat ini. Klik di sini untuk mengetahui tawaran eksklusif sepanjang Ogos ini.