Industri hiburan bukanlah padang baharu buat gadis berusia 24 tahun ini. Dunia hiburan sudah menjadi laman permainannya sejak kecil lagi, seawal usia mencecah lapan tahun. Farhanna Qismina Supandi atau lebih dikenali dengan nama Sweet Qismina punya resume kerjaya sebagai pelakon yang sangat panjang. Melintasi barisan naskhah seninya sejak kecil, mustahil untuk sesiapa mengingatinya tiap satu. Dia juga pernah ditabalkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016.
Selepas sekian lama tidak bertemu, saya mengundang Sweet ke studio, melamarnya untuk satu penggambaran istimewa EH! bersama jenama peranti terkenal, Samsung. Jenama berasal dari Korea ini bakal melancarkan telefon pintar edisi baharu, Galaxy Z Flip3 5G dan Sweet Qismina antara individu bertuah yang dapat ‘bermesra’ dengan telefon pintar yang mencetus fenomenanya tersendiri ini. Pertemuan kami di studio tempoh hari bagaikan penawar kepada kerinduan sementelah kedua-dua kami sudah tidak lama bertemu. Kolaborasi Sweet dan EH! Bukan baharu, malah ini adalah kali ketiga penuntut jurusan Komunikasi massa SEGI College ini menghiasi muka hadapan EH!
Menurut Sweet dia akan kembali ke set penggambaran hujung bulan ini. Bakal bergandingan dengan aktor Luqman Hafidz, dia bakal muncul menerusi siri ‘CInta Yang Tertangguh’ buat siaran RTM. Dan ikut perancangan tahun hadapan dia akan bersama juara Big Stage 2019, Han-Byul untuk satu projek istimewa bersama Iflix.
Sweet berbintang Scorpio, apa yang boleh dihuraikan tentang personaliti Sweet?
Saya hari pertama Scorpio, jadi saya ada sedikit Libra (ketawa). Saya rasa ekor Scorpio ada kelebihannya tersendiri, kita boleh sengat orang dalam diam, orang tak boleh permainkan kita. Saya boleh layan orang dengan baik tapi jangan cuba cabar atau underestimate saya. Saya seorang yang introvert jadi saya lebih banyak mendiamkan diri. Scorpio juga seorang yang setia (ketawa lagi). Jika ada satu, satu itu sajalah. Saya dan Adam berbintang Scorpio, hari jadi kami berbeza dua hari saja.
Khabarnya mahu mencuba bidang nyanyian, perancangannya bagaimana?
Jujur saya cakap,s aya tak pernah merancang atau bermimpi untuk jadi penyanyi walaupun sejak kecil saya sudah aktif dengan persembahan nyanyiand an tarian. Tapi peluang yang ada ini saya anggap sebagai satu ruang percubaan, trial and error. Saya juga melihat ini satu ruang untuks aya kelaur dari zon selesa.
“Jika selama saya sudah terbiasa dengan rutin berlakon, jadi menyanyi adalah satu cabaran baru untuk saya. Sama ada maklum balasnya kelak baik atau buruk,saya menerimanya dengan terbuka. Orang kecam atau sebaliknya, saya takkan tahu jika saya tak cuba. I just go for it!”
Sejauh mana Sweet serius mahu menjadi penyanyi?
Kalau you tanya sekarang, dalam skala satu hingga sepuluh, saya rasa enam sebab saya masih lagi takut. Mungkin keyakinan itu akan datang bila saya dah dapat lagu, dan masuk kelas dan explore lebih banyak lagi hal nyanyian mungkin keseriusan itu akan bertambah. Bila sudah banyak buat persembahan misalnya, saya rasa kesungguhan itu akan lebih berkembang. Kerjaya ini akan berkembang bila saya terus belajar dan memewahkan diri saya dengan pengalaman.
Mengapa tidak yakin atau serius?
Mungkin berpandukan pengalaman saya dulu menyebabkan saya rasa insecure dengan suara saya. Sewaktu muncul untuk ChiChi & ChaCha, forte saya adalah lebih kepada pengacara dan tarian berbanding dengan lima ke enam orang yang lain memang berkebolehan dalam menyanyi. Jadi bila saya diminta menyanyi ada beberapa hos gelakkan, malah ada yang kata suara saya macam bangau. Secara tidak langsung pengalaman itu buat saya terasa dan secara tidak sedar menjadi satu insecurity dalam diri saya. Tapi bila dah sertai Warner Music dan jumpa dengan produser muzik, mereka nasihatkan saya untuk banyakkan dengar suara sendiri supaya saya rasa selesa.
Jadi Sweet banyak merakam suara sendiri dan dengar?
Dalam 10 kali yang saya rekod, mungkins aya dengar sekali saja (ketawa). Entahlah masih belum yakin. Tapi jika ad ayang perasan sejak kebelakangan ini saya memang banyak muat naik video saya menyanyi di Instagram. Saya nak lihat feedback daripada pengikut saya, sama ada jika saya keluarkan lagu satu hari nanti mereka akan sokong atau tidak.
Bagaimana responnya setakat ini?
Dalam beratus-ratus yang komen, rata-ratanya positif. Saya harap sokongannya akan sama bila saya sudah keluarkan lagu nanti.
Jika ikut perancangan. genrenya bagaimana?
Rancangannya mahu mencuba muzik pop dan saya mahu gabungkan elemen tariand alam nyanyian saya. Lagu-lagu seperti k-pop dan Bruno Mars misalnya menjadi pilihan. Saya mahu menjadi seperti Selena Gomez. Seperti saya, dia juga menjejakkan kaki ke bidang seni sejak kecil dan secara perlahan kerjayanya berkembang. Lagu-lagunya dulu beritma pop remaja dan seiring peningkatan usia, lagunya juga bertambah matang. Jadi, andai kata orang boleh terima naskhah saya sebagai penyanyi, secara perlahan saya akan ubah genre ke arah yang lebih dewasa.
Secara jujurnya lagu-lagu apa yang sering didengar?
Jika ikut pilihan peribadi saya suka lagu-lagu yang estatik seperti Bazi, Bruno Major, Lany misalnya. Saya suka lagu-lagu yang tidak terlalu hype. Ada juga pengaruh daripada adik saya, apa yang dia dengar mempengaruhi minat saya. Kebelakangan ini saya banyak mendengar Olivia Rodrigo.
Melihatkan lagu-lagu pilihan peribadi Sweet, adakah you seorang yang ‘emo’?
Ha ha ha… mungkin banyak putus cinta dulu (ketawa).
Saya mahu berbicara tentang dunia lakonan. Sweet bertubuh genit,wajah juga masih remaja. Adakah hal ini membataskan tawaran?
Dulu-dulu saya selalu insecure dengan ketinggian dan saiz badan saya. Tumpuans aya dulu untuk dapatkan watak-watak genre romantic-comedy seperti watak-watak yang selalu diberikan kepada Mira Filzah dan Zahirah Mcwilson. Saya cuba dan tak pernah dapat, dan rejection itu buats aya insecure. Selepas berulang kali terjadi saya mula mengubah perspektif saya. Jika saya mahu jadi seorang pelakon yang versatil mengapa saya nak fokus kepada satu genre sahaja, saya kena explore bermacam-macam watak. Sejak itu saya mula dapatw atak-watak yang berbeza, yang tidak nampak janggal jika saya memegang watak wanita dewasa. Lebih-lebih lagi watak yang memerlukan saya menjadi remaja dan orang dewasa, misalnya ‘Bidadari Salju’, yang mempertontokan watak saya dari zaman sekolah sehingga dewasa. Jika ada drama atau filem yanga da zaman dulu dan sekarang, saya boleh buat. Jika saya nak bawa watak kanak-kanak psiko atau autisme, saya boleh buat. Ada juga produksi yang kata susah nak cari seperti saya, baik dari segi saiz mahupun umur.
“Dan saya percaya jika pada usia 30 atau 40-an saya masih aktif berlakon, potensi untuk saya mendapat watak utama akan tetap ada. Lihat saja Nora Danish, sehingga sekarang tawaran watak utama masih diberikan padanya.”
Betul, yang ada mungkin Sweet dan Eyka Farhana saja?
Ha ha ha. Betullah tu. Kalau saya tak free, mereka cari Eyka, jika Eyka tak free, mereka cari saya.
Kebelakangan ini banyak siri TV yang menyelitkan penjenamaan produk yang lazimnya membuatkan jalan cerita nampak canggung. Sebagai pelakon apa pendapat Sweet tentang situasi ini?
Sejujurnya sebagai aktres hal ini boleh menganggu kita sebagai pelakon jika penjenamaan itu tidak kena dengan jalan cerita mahupun scene. Jika kena dan sesuai tidak menjadi masalah. Ada sesetengah jenama mahu sesuatu yang nampak natural tapi ada juga yang mahukan hard sell. Saya dah lalui kedua-duanya, yang biasa dan luar biasa (ketawa). Kita sebagai pelakon memang perlu ambil tahu banyak benda sebelum kita sign atau bersetuju dengan satu-satu projek. Jika penjenamaan terlalu hard sell, dan sebagai pelakon itu akan menganggu fokus kita sebagai pelakon, eloklah dibincangkan dari awal.
Produksi juga perlu jujur dan telus sebelum sebarang perjanjian dibuat. Sejujurnya sebagai pelakon adakalanya susah untuk berkata tidak kerana pendapatan ini juga datang dari penglibatan jenama. Tapi jika hal ini membuatkan kita sebagai pelakon malu, eloklah jangan dibuat.
Setakat ini apa feedback daripada penonton?
Sebahagian feedback memang tidak suka dengan penjenamaan yang hard sell di dalam drama, mereka anggap ada masanya tak kena, menganggu. Ada juga yang rasa tertarik untuk mencuba produk yang mereka lihat pelakon guna di dalam drama. Kita sebagai pelakon perlu ambil kira tentang maklum balas sebegini dan secara tidak langsung ada benda baru yang kita belajar.
Apa lagi yang mahu dicapai sebagai pelakon?
Saya betul-betul hendak ada satu naskhah yang sangat bagus, secara spesifiknya skrip. Saya mahu terokai lagi skrip yang berkualiti dan bekerja dengan team produksi yang bagus. Saya bagi contoh Projek: Anchor SPM, bagi saya itu satu pakej projek yang sangat berkualiti, baik dari segi jalan cerita, skrip dan team produksi. Saya dan Adam turut ditawarkan tapi bukan rezeki kami. Kadang-kadang itu antara benda-benda yang kita terlepas. Saya masih menanti peluang seperti itu datang. Team Projek Anchor SPM sangat-sangat bagus. Saya mahu satu produk yang punya vibes seperti Netflix atau Iflix.
“Sebagai pelakon kita boleh bawa watak apa yang kita nak, buat apa yang kita mahu tapi kerja kita tak akan menonjol jika orang di belakang kita tak bagus. Semuanya harus seiring. Jalan cerita perlu menarik supaya penonton tak bosan dan kita sendiri tak malu nak tengok lakonan kita sendiri.”
Apa yang ingin dicapai sebagai seorang yang bernama Farhanna Qismina?
Saya mahu menjadi seorang suri rumahtangga dan ibu yang baik.
Jadi mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan bila berkahwin kelak?
Selagi rezeki masih ada insya-Allah masih mahu berlakon. Macam yang saya cakap tadi, selagi belum dapat apa yang saya mahu sebagai pelakon saya akan terus berusaha.
“Untuk diri sendiri tak banyak yang saya mahu, cukuplah saya mahu gembira dengan kehidupan saya sendiri. Sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata, saya sudah terlibat dalam dunia hiburan sejak saya berusia lapan tahun, orang dah kenal saya sejak kecil dan hal itu juga kadang-kadang memenatkan.”
Jika ada peluang saya mahu mencuba benda baru, lari dari dunia hiburan. Seperti saya kata awal-awal tadi saya mahu kelaurkan diri dari zon selesa, mencuba sesuatu yang belum pernah saya cuba. Saya mahu explore dunia lain.