Sampai sahaja di Studio Lenswork, dari pintu masuk lagi dah dengar team EH! ketawa besar dengan selebriti pilihan untuk isu September. Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta bukanlah nama asing dalam industri hiburan tempatan. Sifatnya yang kelakar sangat menceriakan keadaan.
Memang betul, gelagatnya yang bersahaja mampu membuatkan siapa yang ada di sekelilingnya tak kering gusi. Walaupun sibuk dengan jadual kerjanya, Che Ta masih lagi sempat meluangkan masa bersama team EH! untuk pengambaran muka depan.
Bercerita tentang majlis perkahwinanya, pasti ramai yang tidak sabar menantikan bilakah tarikh bersejarah antara Che Ta dan aktor muda, Zain Saidin kan? Menurut Che Ta, jika tiada aral melintang dalam November akan diumumkan semuanya.
Mengenakan persalinan dari Musim Luruh / Dingin ’13 Seed, Gucci, Burberry Prorsum dan Diane Von Furstenberg, memang tidak dapat di sangkal lagi kejelitaan aktres yang semakin membina namanya dalam industri hiburan tempatan ini. Wajahnya dirias ringkas oleh Bong menampakkan lagi seri wajah Che Ta.
Saksikan video pendek behind the scene ketika pengambaran dijalankan dan ketahui brand kegemaran CheTa serta bagaimana dia bersiap jika hendak keluar pada hari tidak bekerja.
Untuk cerita yang lebih lanjut, dapatkan Majalah EH! isu September!