YSL Beauty melancarkan YSL Beauty Records bermula hari ini sehingga pertengahan November, pengalaman digital yang tidak harus dilepaskan.
Penyanyi dan penulis lagu terkenal yang sedang hangat dengan naskhah terbarunya, ‘Penat’ dan kumpulan Dolla akan menghangatkan YSL Beauty Records pada 11 November ini yang mana mereka akan menghiburkan pengunjung laman maya YSL Beauty Records dengan variasi lagu popular mereka.
YSL Beauty sering hadir dengan buah fikir segar dalam merancakkan penjenamaan mereka sekaligus merapatkan hubungan dengan penggemar setial jenama dari Paris ini. Pernah hangat dengan YSL Beauty Hotel beberapa tahun dulu, kali ini mereka hadir pula dengan YSL Beauty Records. Seiring dengan situasi pandemik, ilham ini dilangsungkan secara maya.
YSL Beauty Records merupakan ruang untuk peminat YSL Beauty berparti dengan mereka 24 jam sehari di pelantar digital bermula 15 Oktober sehingga 14 November. YSL Beauty Reacords tampil dengan kamar-kamar virtual yang mana setiap satunya menawarkan pengalaman deria berbeza seperti The Lobby, Arcade, Powder Room, Live Room dan Virtual Store.
Parti virtual ini juga akan membuka ruang untuk menyertai permainan interaktif, sesi siaran langsung dan juga peluang mendapatkan item edisi terhad. YSL Beauty melihat penganjuran ini sebagai satu aktiviti menghubungkan kecantikan dan muzik. Klik di sini untuk satu pengalman parti virtual menarik bersama YSL Beauty.
Baca: The Slim Velvet Radical, Gincu Tipis Bertekstur Pusam Untuk Bibir Mungil Seksi