Masalah kesihatan mental merupakan satu isu besar di Korea Selatan dia siapa sangka, Lee Seung Gi merupakan salah seorang mangsa.
Pengakuan itu dibuat Seung Gi kala muncul dalam program Master In The House yang menampilkan pakar psikiatri, Dr. Oh Eun Young sebagai tetamu undangan.
Sewaktu bintang rancangan itu ditanya adakah mereka pernah berjumpa pakar psikiatri, pelakon itu berkata, “Bolehkah saya membuat pengakuan jujur? Saya pernah mendapatkan rawatan psikiatri sebelum ini.”
Jelas bintang Vagabond ini, fikirannya sangat bercelaru sehingga memberi kesan pada tubuhnya.