Seorang demi seorang selebriti menceburi bidang perniagaan dan melancarkan jenama kecantikan sendiri, kini giliran Harry Styles mengambil langkah serupa.
Harry sememangnya terkenal dengan minatnya dalam fesyen uniseks termasuk gaun serta rasa cintanya terhadap pengilat kuku yang digayakannya hampir setiap masa.
Dan dua hari lalu, Harry mengumumkan penglibatannya dalam dunia kecantikan dengan pelancaran Pleasing, jenama yang direka khas buat lelaki dan wanita.