Genap 20 tahun penglibatannya dalam industri hiburan, Gong Yoo memberi kejutan istimewa buat peminat dengan membuka akaun Instagram peribadi.
Perkara itu diumumkan oleh agensi pengurusan Gong Yoo, Management SOOP menerusi satu kenyataan rasmi.
“Hai, terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong Gong Yoo. Kami telah membuka akaun Instagram rasmi untuk berkongsi kehidupan harian pelakon itu bersama peminat di @_gongyoo_official_.
“Dia tidak mempunyai akaun media sosial lain selain ini, dan ia diuruskan secara langsung oleh Management SOOP. Terima kasih.”