Empat tahun menjalin hubungan dengan Chris Martin, Dakota Johnson akhirnya berkongsi kisah percintaan mereka secara terbuka.
Umum mengetahui Dakota dan penyanyi kumpulan Coldplay itu bergelar pasangan kekasih sejak 2017, namun tidak banyak yang dikongsikan mereka kepada peminat selama ini.
Menerusi satu wawancara bersama Elle UK, bintang Fifty Shades of Grey itu mendedahkan mereka gemar meluangkan masa bersama di rumah dalam keadaan privasi.