Tiga hari selepas Leong Mun Yee bersara sebagai penerjun negara, Cheong Jun Hoong pula mengambil langkah serupa.
Cheong Jun Hoong yang terlibat dalam sukan renang seawal usia sembilan tahun pada 1999 mengakhiri perjalanannya sebagai atlet kebangsaan selepas 22 tahun menabur jasa.
Atlet kelahiran Perak itu mengumumkan persaraannya secara rasmi pada 4 Januari lalu menerusi satu hantaran di Instagram.