Jenama fesyen kelahiran Sweden, MONKI kini membuat kemunculan debut di platform beli-belah dalam talian popular, Zalora.
Sejujurnya, walaupun MONKI itu secara amnya menjual pakaian untuk perempuan, namun saya kerap juga membeli helaian-helaian menraik yang saya fikir mempunyai nilai gaya uniseks. Tambahan pula, saya dapati saiz di Monki agak berbeza dengan jenama yang lain, malah potongannya juga tersendiri, banyak yang longgar juga oversized.
Monki walaupun dilihat secara zahirnya sekadar memasarkan himpunan kasual, tapi jika sudah mendekati koleksi demi koleksi, anda akan sedar bahawa Monki punya identity atau DNA tersendiri, tidak terlalu menonjol tapi kita boleh mengagak satu-satu helaian itu datang dari Monki atau sebaliknya.
Tahun ini Monki meraikan ulang tahun ke-15 dan pastinya pelancarannya di laman beli-belah dalam talian, Zalora adalah satu khabar gembira buat penggemarnya yang mahukan pembelian mudah dan menyelesakan. Hanya menerusi beberapa klik di hujung jari, helaian atau item pilihan akan menjadi milik anda.
Selepas kejayaan memasarkan Monki menerusi enam butik di seluruh Malaysia, penawaran di Zalora dilihat satu lagi langkah membesarkan lagi pengaruh Monki dalam selera dan cita rasa kelompok muda berfesyen.
Tidak hanya di Zalora, Monki juga membuka stor pop-up di pusat beli-belah tersohor, Pavilion Kuala Lumpur. Pembukaan stor pop-up ini adalah salah satu pra-keraian buat Monki sebelum butik ketujuh mereka di buka penghujung tahun nanti.
Bukan sekadar fesyen, Monki juga cukup prihatin kepada proses penghasilan koleksinya. Mereka mempunyai rangkaian denim yang menggunakan 100 peratus kain kapas organik dan kitar semula. Mereka juga cukup peka dalam pembuatan tiap helaian dan aksesori demi kelestarian alam sejagat.
Boleh dapatkan helaian atau aksesori MONKI anda di pautan ini.
Baca: “Stail Itu Satu Statement Gaya Bersifat Timeless”- Siti Khadijah Halim