Selama bertahun-tahun pasangan selebriti Hollywood dianggap sebagai ‘relationship goals’ oleh peminat dari serata dunia.
Pada tahun 90-an, David dan Victoria Beckham menjadi perhatian dunia kerana sering tampil dengan gaya sedondon sama ada di karpet merah mahupun ketika pasangan selebriti pujaan ramai itu bersantai.
Tahun kebelakangan ini pula menyaksikan Megan Fox dan Machine Gun Kelly memukau peminat dengan penampilan mereka sebagai salah satu pasangan selebriti hebat di Hollywood.
Semak beberapa gaya pasangan selebriti popular yang dilabel sebagai penampilan ikonik sepanjang zaman.