Baru beberapa bulan dipenjara, hukuman Seungri diringankan sehingga mengundang kemarahan rakyat Korea Selatan.
Ogos tahun lalu Seungri dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan yang membabitkan pelacuran dan perjudian antarabangsa dalam kes berprofil tinggi yang dikenali sebagai skandal Burning Sun.
Bekas ahli kumpulan Big Bang itu didapati bersalah atas sembilan pertuduhan termasuk penyelewengan, pelanggaran undang-undang sanitasi makanan, serangan seksual, penggambaran video haram, rasuah seks, perjudian, pemindahan wang asing secara haram dan sebagainya.
Selain hukuman penjara dia turut diarahkan membayar denda sebanyak RM4.18 juta.