Koleksi Kate Spade New York Spring 2022 bawakan ceraian dan aksesori fesyen musim bunga yang mampu menceriakan #OOTD anda, sesuai dipakai dan digayakan di pelbagai acara, dari pagi bawa ke malam. EH! bariskan sebahagian yang mencuri pandangan.
Beg Tangan & Barangan Kulit Kecil (SLG)
Gabungan butiran yang tidak dijangka dan reka bentuk segar pada ilham malar segar. Koleksi ini menitik beratkan playful printing fabrik, dan sentuhan warna pop. Himpunan kali ini menggunakan fabrik Jacquard Floral Garden yang menjadi material kegemaran Kate Spade New York. Tersedia dalam kedua-dua pearl blush and meadow black florals, Floral Garden Jacquard ditaburkan di beberapa kumpulan beg tangan, termasuk tote Manhattan dan beg pemegang atas Lovitt.
Beg Avenue sesuai sebagai pelengkap gaya harian, dimana beg Spring ini boleh dipegang tangan atau disilang sahaja. Terdapat dua saiz, mini dan sederhana, Avenue merupakan alah satu beg multi gaya musim ini. koleksi Knott dengan bentuk dan fabrikasi baharu ini didatangkan dalam pilihan kanvas dan kulit tenunan.